Thursday, August 18, 2011

Tahan Tak Tahan Punyer Pasal...


Yer...Gunung Tahan punyer cerita...

terjumpa gambar-gambar lama yang pernah discan untuk upload di friendster dolu-dolu..

Gambar dah tak berapa cantik maklumlah..camera murah zaman dulu-dulu....

Setakat ini..

inilah pengalaman pendakian yang paling mencabar...

yang berjaya membuatkan puan pid rasa nak nangis dan terbayang saat manis menonton TV dirumah..
sedangkan tangan dan kaki sedang gigih memanjat tebing 90 darjah...:(

kebiasaannya pendakian naik tak menjadi masalah...sebab semangat tengah berkobar2 nak

meneroka alam dan sampai ke puncak...

semua halangan diharung dengan sebelah mata kononyer laa..

segala penat lelah lenyap sebaik kaki menjejak puncak gunung..

menyaksikan matahari terbit...

sambil menghirup udara di pergunungan..

snap pics dan sebagainya

Pendakian turun sangat menduga puan pid...almaklumla...

jarang ada orang yang berkobar2 nak balik kan...

kalau boleh...

nak bertapa kat puncak gunung tu barang seminggu dua..:) serius!!

badan dah letih, kaki dah melecet...

kasut dah basah..dan sebagainyalah..

sampai satu masa..buat pertama kalinya....terdetik di hati puan pid..




" apa yang aku buat kat sini? kan lebih baik kalau aku bersenang-senang tengok TV kat rumah.. apa yang aku buat ni???"





tapiiiiii....masa kat tebing 90 darjah tu je...

setelah sampai semula ke kaki gunung..


.



.



.


.



.



.


.


.



.



.


.



.


.


.


hehehe......terus pasang niat nak naik lagi...

memang tak serik k..


pengalaman yang sangat berharga...

sepanjang pendakian naik...
first night kat sana, kitaorg ditimpa hujan yang sangat lebat dan
kesejukkkkkkkkkkkan...
;)


muka letih...gambar kecil tu dah nak sampai puncak..pokok renek/bonsai dan periuk kera je ada kawasan tu...
Puan pid tak lepaskan peluang minum air guna periuk kera...

entah ada dibuat orang entah tidak..
kalau senior kelentong aku...
terima je laa ms tu...

Sun rise and a few pics at mountain peak..

kenapa puan pid ngada-ngada pakai baju kurung kat puncak gunung nih????

sebabbbbb...

tema kami pada kali ini ialah 'Berbaju Kebangsaan di Puncak Gunung Tahan'

soooo...

harusla ada bawak baju kurung..

No-g, nani & cik pid..
suka gambar ni kecuali extra background tuh....
nway...itu a.ujang(jurulatih kayak puan pid)

sila abaikan gambar pelakon yang comot itu...

yang nak dikongsikan adalah...

pemandangan yang sangat mendamaikan di sekeliling dia....

aktiviti selepas gambar ini di ambil????

wajibla kita menikmati kesejukan air sungai tu...almaklumlaa...dah beberapa hari tak mandi

dengan proper laa katakan...
;)

opsssss silap..... aku ada mandi masa kat check point Bukit botak yer..

macam kolah kecil dalam batu..
sangattt best..
walau pun tak digalakkan mandi-manda masa pendakian..
cik pid buat jugakkkk..



hopefully ...one day..dapat sampai puncak Kinabalu pulak...

:)









No comments: