Monday, October 22, 2012

Check Up di UMRA (36 / 4)

yer..
dah 36 weeks and 4 days..
last saturday went for checkup di Hospital UMRA shah alam for the third time..
syarat untuk dapat harga pakej bersalin kat situ dah cukup.
Tapi..masa nilah nak rasa berbelah bahagi..
sebab doc yang puan pid jumpa minggu lepas sangat kasar kerjanya dari yang pernah jumpa sebelum ni. bukannya puan pid tak pernah buat procedure untuk check samada ada infection ke idak tu... 
Walaupun aku mintak dia stop kejap supaya aku boleh relakskan otot aku untuk kurangkan sakit....
Dia buat bodoh jer....
kalau aku tak mintak dia stop tu lainla..
Mungkin dia muda lagi, belum pernah beranak...
tak pernah rasa lagi dibuat macam tu dek doc...
serik pulak rasanya dapat doktor kasar gitu..
kalau terbersalin ngan dia nanti..macam manala dia buat aku yang tak berdaya tu nanti..
:(

saya bayar mahal yer doktor...
tolonglah servis patient elok-elok..
kalau orang bayar mahal tapi servis out mcm goverment yang aku pergi slalu ni..
buat rosak imej je..
nak pulak bila dah ditulis kat blog macam ni..

hari ni google review orang ramai...
Rupa-rupanya lately..banyak bad comments..
kalau dulu-dulu dalam 2-3 years back..banyak comments yang baik sebab ada doktor muslim nama Dr Ummul.
Hari tu pun decide nak bersalin kat sini sebab my sister bersalin kat sini dengan dr Ummul dan harganya tak terlalu mahal plus pernah buat treatment kat sini masa tinggal kat s.alam dulu..

Sekarang..dah rasa berbelah bahagi..samada nak bersalin kat Melaka je atau kat sana..
kat Melaka ni dah confirm doc perempuan muslim..kosnya aje mungkin lebih dan husband jauh.
Susah juga yer..
rasa macam nak pasrah je...

mintak-mintak dimudahkan Allah semuanya..
Macam ni lah kalau dah jadi anak yatim piatu..yang dah lebih 18thn
ada suami je..tapi jauh pulak.... 
dalam masa 5 tahun lagi(15 kalau campur 10 tahun aku dah kerja sebelum ni)..
kalau KPT tak bagi jugak tukar..puan pid nekad letak jawatan..
susah sangat....nak bagi aku tukar kan...
mendera mental pekerja namanya..
;)

Tuesday, October 2, 2012

Maternity Photoshoot @ 33 weeks

Akhirnya dapat jugak buat maternity photoshoot...

Sejak 1st month - 8 months..puan pid langsung takde bergambar..except time raya aritu
Muka pun penuh dengan jerawat yang muncul sejak 2nd month..
jadi..semangat bergambar tu memang kurangla..
tambah lagi..takde orang sudi ambikkan gambar..
;(
dah masuk 7 months barulah terfikir..
nanti takde langsung kenangan..and nak gak tengok rupa kita yang montel ni in the future..
nak buat benchmark
 ;)
Cari tempat yang kawan puan pid pernah buat family photoshoot yang studionya warna putih 
dan akhirnya jumpa....
di medan niaga sri rampai..
kira murahla sebab dapat dengan harga RM125 untuk 20 minit.
Walaupun sekejap..puan pid tak kira.. sebab taknak over spend on this..
janji ada gambar yang elok nak simpan..
Pakej ni untuk bergambar 20 minit then pilih 20 gambar yg kita suka dari byk2 yang dia snap...
then dia akan edit dan email kat kita..nanti print sendiri.
kalau nak semua gambar yang dia snap..kena tambah RM30 dan dapatlah CD.
dan inilah sebahagian hasilnya.. 


 

 antara gambar yang paling i sukaaaa...



opss..bocor rahsia...
InsyaAllah..

Sukaaa yang ni juga...

Kata muka penuh jerawat kan...mana perginya??
hah..inilah the power of cosmetic yer..
semuanya boleh di sembunyikan..dengan jayanya.
;)

Wednesday, September 26, 2012

Satay + Kopi di Pagi Hari @ Muar

Nak breakfast dengan satay??
Jom pergi Muar...
kata orang Muar, tempat diaorang famous dengan satay di pagi2 hari..
kebayakkan kedai makan memang ada jual satay.
Sedap atau tidak jer..

Puan pid biasanya pergi kedai kopi kat bawah ni...
kopinya sedap.
Tapi order nasi lemak atau makanan melayu kat kedai yang selang 1 buah kedai dengan kedai kopi ni.
Memang orang biasa buat gitu..
Kalau yakin...makan je la nasi lemak kat situ. 
Ramai je yang makan..
;)

Kedai kopi ni cukup famous kat Muar..
diaorang panggil kedai kopi 434. 
Kenapa 434???
mengikut penceritaan kawan puan pid...434 ni adalah no fon talian tetap kedai ni yang zaman dolu2 masih 3 angka. Sekarang ni kita dah cecah 8 angka.Atau pun kat kedai ni ada poster yang ceritakan sejarah kedai ni..dekorasi dalam kedai ni cantik..baru siap renovation.Masih terbau-bau lagi cat dia.
Kat sini ada macam2 menu kopi ..pilihlah yang mana suka...
Kopi luak pun ada kalau berani dan lalu nak minum..
RM 20++ secawan yer..
Cheese cake pun ada..


Bahagian depan kedai..Menghadap Sungai Muar
Deko kat pintu masuk...
mesin kopi kat depan tu harga RM15k yer..
Jangan usikkk...

 Nasi Lemak Telur Mata yang sambalnya sedap..

 Mee rebus yang kaww..
slurrrpp...

 Menu wajib...mestila sate ayam/daging..
dan
roti bakar Kaya Butter whole meal...dah habis dimakan masa ni..

 Kaunter untuk instant coffee dan serbuk kopi..
perencah mee bandung pun ada skali..

 Kopi favourite Puan Pid...
terlalu excited nak minum..dah licin baru ingat nak snap pic..
Dekorasi keseluruhan kedai ni sangat cantik..
tapi malas pulak nak bangun ambik gambar..
sebab weekend ramai orang..
Kadang-kadang pelancong ber'bas-bas'..
;)

Jom !!!!
Breakfast kat Muar...


Friday, September 21, 2012

Cendol @ Muar

Satu hari yang panas terik...diserikan lagi dengan cendol yang sejuk dan sedap...
Terbayang-bayang kesedapan cendol tu hingga ke hari ini..

Cendol asli
sebenarnya kitaorang pergi makan cendol ni tanpa dirancang..

Tujuan asal adalah ke kedai kain cotton di Muar yang mana boleh dapat harga murah memandangkan kawan puan pid & family dia adalah regular customer dia sejak zaman kanak2 lagi..


Tapi..apa-apa pun...yang penting kena isi perut dulu..
jadi lunch dulu di kedai asam pedas yang glemer di Muar di Jalan Joned..
tapi sebenarnya puan pid tak brapa minat asam pedas dia...
tapi suka sangat dengan satu menu bugis kat situ iaitu...

'BOTOK-BOTOK'

Botok-botok ialah ikan tenggiri bersama rempah2 khas dia di perap dengan 7 jenis daun termasuk pucuk ubi.Kemudian dibalut dengan daun pisang. Botok-botok ni cepat habis..kalau lambat sikit..tak merasala..
Kitaorang makan kat situ then cepat2 tapau sorang satu..
Kalau idak...belum kita habis lunch, ikan tu dah habis di ambil orang.
Air..kita petik kelapa muda kat kedai sebelah tu jer...
memang best..

gambar??? 
hehe..bila kita excited nak makan...slalunya lupa nak snap pic..
dah tinggal daun pisang jer..baru teringat..
next time kalau dapat ke sana lagi..
akan saya letak gambarnya yang real dari muar..
yang ada ni sy ambil kat google jer..


Then balik ke agenda utama...
Puan pid nak tempah sarung tilam untuk baby kat kedai kain tu....
corak kartun untuk tilam baby tak banyak yang menarik macam yang jual online. 
So...beli corak mak budak jer.

 puan pid tempah 2 set sebab dah alang2 dapat kain cotton yang elok dengan harga yang murah.
Kos tempah pun murah untuk satu set.
Siap beli kain pasang cotton untuk buat baju for a few months akan datang..

I likeeee la pergi sini..
ada jugak corak yang sama dengan brand cadar yang famous A*e*i tu..

dah siap beli kain..ternampak pulak ada basikal yang jual cendol kat depan skolah cina kat situ..
menggugat iman betul...
jadi my friend bawa kami ke kedai cendol india muslim yang dia biasa pergi sejak dolu-dolu lagi...
memang best..tapi tempatnya ada a few seats jer..
bolehla..sebab selalunya orang tapau bawa balik..


Kat situ ada macam-macam...boleh letak pulut/ tapai..tapi i like yg original..
;)

Tuesday, July 31, 2012

Mission Almost Complete...

Sebelum ni ada entry tentang menu yang menggoda nafsu Puan Pid..
Alhamdulillah..semua menu tu dapat dinikmati dalam minggu yang sama kecuali kambing golek..mungkin masih bukan di tahap mengidam sangat-sangat.So..puan pid tak mencari lagi kambing golek di mana-mana.

Kek lapis Horlick tak ada tapi diganti dengan kek lapis masam-manis Deja Moss. Saiznya comel sangat tak sesuai dengan harga plus terlalu berminyak(mungkin terlebih butter) and too sweet for me. Mungkin sesuai dengan taste orang lain..tapi tak sesuai dengan tekakku..rasa sikit je..tapi sampai sekarang tak habis-habis lagi.

Yang lain-lain memang marvellous..

Sekarang dah nak masuk pertengahan Ramadhan, nasib baik kat dalam ni ada pasar ramadhan mini..so tak perlulah masak bagai untuk berbuka.Sebab bila orang masak sikit-sikit ni selalunya rasa masakannya cukup masam manisnya. Bukan setakat nak jual cari duit, tetapi rasa tak seindah rupa.

Setakat beberapa hari ni semuanya cukup rasa...
dan tak perlulah nak bersesak di pasar ramadhan bandar Merlimau mahupun
bersesak2 nak masak kat dapur sendiri.
Tapi ada satu menu yang best di Pasar Ramadhan Merlimau iaitu...
.

.
MURTABAK CHE ROS 
( Murtabak daging yang tebal, sedap, juicy and meriah dengan segala isi cicah kuah kari)
.

.
.
&

Menu yang Puan Pid dah cuba kat paRAM mini ni:

Nasi goreng Matahari yang sedap
(Nasi Goreng + Ayam Goreng Kunyit + Telur Mata)
Nasi Ambeng
Karipap Besar Telur Sardin
Ayam Masak Merah
Sambal Tempoyak Masak (Buat i rindu nak balik kampung)

Gambar??? 
ye tak ye jugak..tak teringat langsung nak ambil gambar sebelum makan..
bila pinggan dah licin baru nyesal tak snap..
Imagine je la kan..

Harap2 minggu ni dan seterusnya..
diaorang tukar menu lain supaya complete 1 bln Puan Pid cuti masak bulan ni...
Aminn
;)

Monday, July 16, 2012

Jualan Gudang ???

 
 
Hari ini dalam sejarah Puan Pid..
Meredah Jualan Gudang.
Kalau diikutkan history...
tak mungkin akanku pergi bersesak ke tempat-tempat begitu..
sebab...
pasar malam pun puan pid payah nak jejak..
Ditambah lagi dengan Mr. Z yang susah nak ajak untuk aktiviti begitu..
Oleh kerana nak berjimat-cermat..
dan rasa macam bertenaga..maka kami pun pergi ke situ..
 Kugagahkan juga pergi ke sana untuk beli barangan yang patut ..

Rupa-rupanya..
Tak adalah teruk sangat..
orang memang ramai..tapiii
lucky me sebab pergi dengan Mr. Z, 
so..turun depan pintu gudang and terus masuk..
Tapi Mr. Z yang susah sikit nak cari parking..
Then jalan kaki jauh..
masa nilah boleh manja-manja
;)
 
Walaupun ramai orang ( Kebanyakkannya Mak Yong)
Tapi masih boleh memilih..
yang penting larat ke tidak nak berdiri nak memilih tu..
dan tak ada aircond sebab jualan tu sebenarnya jualan di keliling gudang Pureen. 
Bukannya dalam gudang..
;)
Ada yang RM1 per helai..woww!!
Ada yang RM3 sehelai (ambil 11 helai baju/seluar..baru cecah RM33) mana nak dapat kat pasaraya???
Ada yang RM4 & RM5 sehelai..
Ada yang RM10 utk sepasang..
Untuk yang 1-2 thn, RM10-RM25

Baju-baju boleh dapat dengan harga yang sangat murah..
tapi barangan mandian dll tak semurah mana.
Tapi dah boleh jimat dari segi belanja baju/ seluar.
I'm happy dengan hasilnya..
InsyaAllah akan jadi pengunjung tetap acara macam ni di masa akan datang ..
itupun kalau Mr. Z masih sanggup bersusah payah cari parking.
;)


Thursday, July 12, 2012

Shut Up Plzz....!

 
 
Saya biasa mendengar ungkapan
 'Diam itu lebih baik' 
atau
 'Diam itu emas' 
.
.
akan tetapi..
 Adakah semua orang pernah mendengar 
ungkapan tersebut?
.

.

Pernahkah terdetik dalam hati  ..?
.
.
' I dont need your opinion' 
Shut up please!
 Mind your own bussiness !!! 

.

.

bukan sebab kita sombong
bukan sebab kita bongkak
bukan sebab kita keras kepala..
 
sebab...

.
.
sometime...it is not the right time..
soooo... 

Diam itu lebih baik andai kata-kata kita itu bakal mengguris hati orang lain..
Diam itu lebih baik andai masanya kurang sesuai untuk menyuarakan pendapat kita..
Diam itu lebih baik kalau kita tak tahu hujung pangkal sesuatu perkara tu..sebelum berbahas sama..
Diam itu lebih baik bila berhadapan dengan orang yang tidak faham ungkapan di atas..
Diam mungkin disalahertikan yang kita kalah..
tapi percayalah yang..

Mengalah itu tidak bererti kalah

Sabda Rasulullah saw, "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata benar atau diam.", hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari.

 
  


Wednesday, June 27, 2012

Menu Yang Menggoda Nafsu...

Minggu ni saja dah beberapa menu/makanan berjaya menggoda nafsu makan puan pid...

Tak tahan betul tengok buah rambutan yang masak ranum kat pokok2 orang Melaka ni...
alahai pakcik makcik........
jualla sikit bagi orang yang merantau macam saya ni rasa kenikmatan rambutan tu.....
susah betul nak jumpa orang jual rambutan tepi jalan walaupun sekarang tengah musim.Yang ada kat tesco tu RM6 per kilo...
:(


Then my sister lak sms...bagitau..kalau nak makan cempedak, boleh datang rumah dia...
Katanya ' sekarang ni..boleh dikatakan tiap2 hari kitaorang makan cempedak goreng' perghhhh..
tak sanggup nak reply yang kata aku tak dapat nak gi sana..
ku tenung je sms tu lama2..sampai takde perasaan
:(
Tengok gambar je larr

Cepatlah Melaka musim cempedak pulak....

Petang semalam...tiba-tiba rasa nak makan kek lapis horlick...
nak buat sendiri..kena ambil masa 5 jam...dan belum jamin sedap menjadi. Nak mintak MIL buatkan...jauh sangat pulak ..survey sana sini semuanya pos RM 10 ke atas. Keknya RM 15 shj dan tak ada pulak yang buat kek lapis horlick.Kek lapis kat JJ slalunya dah tengi..then teringat yang penyanyi Deja moss tu ada buat kek lapis dalam rancangan JJCM. Cari alamat kedai...rupa-rupanya kat area ampang dan ramai yang kata kek dia sedap sesangat....harga RM30 per cake tapi saiznya sama dengan yang harga RM15. Awat mahal nooo harganya...??
Oleh kerana terpengaruh dengan komen orang, mintak jugakla Mr Z pi carikan malam tadi. 
So hari sabtu ni baru dapat rasa keknya..harap-harap rasanya berbaloi dengan harganya..


Pastu...masa breakfast tadi...
ada kawan bukak cerita pasal kambing golek pulak....
terbayang2 lak gambing golek dalam rancangan spice route yang aku tengok sebelum ni....

aduss...
mana nak cari..
hari ni baru masuk hari rabu puan pid oii..
jangan over makan..
kelak merana badan...
Wanita ada 99 nafsu dan 1 akal..
nafsu makan je pun jenuh nak kawal kan...
belum lagi J card day esok...
;)

Makanlah untuk kehidupan..
Jangan hidup untuk makannnn je..
;)

Monday, June 25, 2012

Gegendang Telingaku Pecah...

Pada suatu pagi di sebuah Klinik..

Doc: Puan pid...Gegendang telinga awak bengkak sangat2, merah macam tudung yang awak pakai 
         ni..tunggu masa je nak pecah....

Puan Pid: Alamakk..macam mana ni..pekakla aku lepas ni...takutnya...

Doc: Lepas ni..jgn hembus hidung lagi..kalau terpaksa pun..hembus pelan2...takut kalau pecah..lagi lambat
        nak baik...saya bagi awk ubat dan MC..rehat dan jangan stress k..

Puan pid: Baik doc..

Gerunnya dengar bila doktor cakap macam tu...
sepanjang usiaku setakat ini..inilah kali pertama puan pid sakit dalam telinga. Terjaga jam 2 pagi kerana sakit telinga yang amat sangat..sampai dah tak boleh nak buat apa lagi dah..nak tidur..dah tentulah tak boleh..
Dah keliling satu rumah, makan, tengok TV, korek telinga, bukak facebook dan sebagainya tetap tak dapat buat puan pid mengabaikan maupun melupakan kesakitan tu..

nak tunggu siang untuk ke klinik...lambat lagi nak siang...akhirnya puan pid survey klinik yang ada pakar ENT. Esok pagi2 aku gerak..dah tak tahan sakitnya..

Kata doktor..gegendang bengkak disebabkan tekanan yang tinggi dalam telinga tengah sebab puan pid dah 3 hari selsema dan menghembus hidung dengan telalu kuat...dicampur pulak dengan sakit tekak tambah memburukkan keadaan...Gegendang puan pid tetap burst selepas balik dari klinik...tetapi Alhamdulillah..gegendang burst..tak bermakna kita akan pekak. Cuma kita rasa telinga berdenyut-denyut sakit, macam telinga penuh menakung air dan bunyi hanya sayup2 kedengaran...sesetengah bunyi sangat menyakitkan telinga seperti suara kanak2 menjerit, pinggan berlaga dengan susu garfu atau suara kawan kita yang pitching tinggi...;)

Disebabkan keadaan puan pid sekarang yang agak istimewa...;)
Semua ubat hanya separuh dos orang dewasa normal..jadi tempoh untuk sembuh dua kali ganda panjang berbanding orang normal..jadi kena banyak bersabar.

Hingga sekarang..1 minggu telah berlalu....
Telinga puan pid masih belum sembuh sepenuhnya..
selsema dan batuk juga belum nampak macam nak sembuh...tapi at least telinga ni dah boleh dengar dengar dengan lebih jelas berbanding 1 mgg lepas..
Demam pun dah kebah and boleh gi kerja dengan gembira..
Alhamdulillah..

Puan Pid sekarang masih belum berupaya nak travel ke mana-mana..
Tak sabar nak balik kampung raya nanti...

Wednesday, June 13, 2012

Mimpi 'Ngeri"

ye..ngerila jugak bagi puan pid...
sebab tak bersedia nak menerima 'payung emas' nanti...

Pernahkah anda bermimpi yang anda telah di'honey'kan?
Jenuh fikir bagaimana nak selesaikan masalah ni...
siap gaduh bagai... runsing sepanjang masa..
Gaduh-gaduh pun tak selesai jugak...
Dah Penat gaduh...
Nasib baik cuma mimpi...;)
Fuhhhhhh....
selesai masalah..

.


.

.


Mimpi cuma mainan tidur....
Inilah akibatnya jika terlupa baca doa sebelum tidur..

:(

Thursday, May 10, 2012

(Cuti x 7)+ ( Mc x 20) = kerja bertimbun

Alhamdulillah....
selesai jugak kerja-kerja yang bertangguh selama 1 bln yang lepas...
tiada tempat menarik yang dapat dikongsi buat masa ini sebab puan pid hanya memerap di rumah dalam 2-3 bulan ni..ya..betul-betul memerap di rumah.

Rasa nak balik kampung membuak-buak...tapi..kenapalah kampungku jauh sangat....

Saya juga telah mendapat beberapa berita gembira gembira dan 1 berita tak berapa gembira. Yang gembira...akan dikongsikan juga satu hari nanti...

tapi yang tak berapa gembira...

Puan pid perlu meneruskan lagi kerja yang sedia ada sekarang untuk tempoh yang tak tahu sampai bila lagi..kontrak akan tamat dalam 2 tahun lagi.....sabarlah hati..

Rasa tak tertahan melayan kerenah manusia-manusia yang dah nak berakhir usia remajanya..tapi masih belum sedar tanggunggjawab mereka di sini...

Bila agaknya mereka akan sedar?

 Where on earth they came from? 

Why are they become like that?

Why here?

 Why are they here?


Harap kesedaran hadir dalam diri mereka..sebelum terlambat

Amin

Friday, March 23, 2012

Masjid Tengku Tengah Zaharah@ Masjid Terapung

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung ni menyambut pengunjung ke Daerah Kuala Terengganu (KT)..

Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar KT. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan yang mana ia dibina di atas air di muara Sungai Ibai..sampai je jambatan sungai tu dah boleh nampak masjid ni tersergam indah dikelilingi air yang kebiruan..

sangat cantikkk..
lebih2 lagi kalau sampai kawasan ni waktu tengahari buta..
tapi kebiasaanya..puan pid dapat tengok dari jauh sahaja..
tapi kali ni dapat singgah dan rehat sekejap di kawasan pantai di seberang masjid ni..
Gambar-gambar yang diambil di sini kebanyakannya dia ambil dari seberang masjid..dan juga kawasan pintu belakang masjid..
masa sampai ni memang panas terik..
tengok langit yang cerah..
dah tentu airnya kebiruan..
cuma tak terlihat dalam gambar yang di ambil ni..







Selepas berehat sebentar di sini..puan pid meneruskan perjalanan ke
Pantai Kemasik..

Till the next post
;)

Friday, February 10, 2012

Ikan Pari Terbang....Tinggi di Awan

Layang-layang ni untuk Display n Demo di Pantai Batu Buruk, Terengganu..
Banyak layang-layang yang dijual kat sini dan ada macam2 design..
Angin kat sini kuat
juga sangat sesuai untuk main layang-layang.


Tapi...
Cuba tengok betul2.....
logik ke ikan pari terbang..? Tinggi di Awan?
ya saya tahu..langit pun biru........laut
kira gambaran macam ikan pari tu sedang berenang2 jugakla kan..
*cuba nak mengaitkan dengan imaginasi si pereka


sekilas pandang... matanya,
nampak macam ikan pari kartun yang jahat..
kan?

sebab matanya merah..

atau..

ikan pari sedih..

atau

tak cukup tidur..


Macam tuan punya blog ni..

bila tak cukup tidur..banyak pulak merepek

;)

Yang tinggi di awan tu juga merujuk pada destinasi kedua puan pid selama 2 hari ni..
tapi puan pid tak boleh terbang..
jadi kena panjatla jawabnya..

;)

Baru 2 hari ulang-alik ke U**M,
Balik rumah jer...
rasa nak pengsan
Labnyer tingkat 4..
Tapi...
awatla luar biasa tingginya bangunan ni..
Lupa pulak nak bilang anak tangganya
tapi yang pasti hari ni makin rasa nak pengsan sebab pagi-pagi dah jalan kaki hampir 2km
dan petang..
2 kali naik dan dua kali turun bangunan 4 tgkt dengan sebeban buku dan kertas..
Belum lagi kira lenguh kepala lutut panjat tangga..
rasanya Puan Pid perlu buat sesuatu untuk tambah stamina
sebab nak all out kat lab for the whole semester
Million Thanks
to Fend for the assistance
lepas ni kena belek buku VB pulak..
macamana yer cara nak expert VB
in a week time?

a week ya

Biar betul nii..
;)

oh ya..
untuk merasai pengalaman seperti Cinderella..
Bolehlah cuba aktiviti ini..

*Confuse...Awatla mata dia kena lindung dengan benda kuning tu..
mest rimas kan?

RM15 untuk 2 pusingan

;)

Monday, February 6, 2012

Muzik dan Menari..

Muzik dan menari...kedua-duanya bukanlah minatku..

Tak ada satu pun lagu penyanyi di Malaysia atau luar negara yang saya hafal dari mula sampai habis..*Lagu kebangsaan dikecualikan yer..

dan..

Tak semua jenis muzik yang saya selesa nak dengar..

juga...

Tiada satu jenis tarian pun yang saya reti 'tari'kan
tapi... saya suka tengok orang menari..
lebih-lebih lagi rancangan 'So U Think U C*n D**ce'

Ada muzik/lagu yang boleh buat kita rasa gembira, sedih, kecewa dan mencuit hati hingga buat kita tersenyum seorang diri walaupun hanya muzik dan tiada lirik.

contohnya

bila dengar lagu Kiteretsu kat TV ni..
walaupun tak faham langsung bahasanya
saya rasa muziknya sangat gembira..rasa macam senang bermain-main dengan kanak-kanak di playground..

ada juga muzik yang bila dengar...
rasa macam sedang berlari-lari anak dengan gembira di kawasan pergunungan hijau yang ditumbuhi bunga-bunga kecil macam dalam Cerita Sound of Music.

pic: google

ada muzik yang boleh membuatkan saya rasa sedih..
contohnya lagu 'Jeritan Batinku' .
Tak perlu dengar lirik pun dah boleh buat saya rasa sayu



ya..dah sedih dengar lagu P.Ramli ni..
saya rasa nak tukar 'chanel'
;)

Till next post
. .





Thursday, February 2, 2012

Apabila ia berlaku, jantung berdegup dengan lebih laju.

Apa yang berlaku????

.

.

.

.

.

Nak pergi Interview?

.

.

.

.

First date ?

.

.

.

.

.

Tengok cerita hantu?

.

.

.

.

.

Tunggu result SPM keluar?

.

.

.

.

Ya !!

ada banyak perkara yang apabila ia berlaku...

JANTUNG BERDEGUP LEBIH LAJU

tapi yang puan pid maksudkan

ialah


Fibrilasi Atrium (FA)

.

.

.

Apa tu???

.

.

.

.

FA adalah keadaan degupan jantung tidak normal berpunca daripada kegagalan impuls elektrik jantung semula jadi.jantung berdegup dengan lebih laju.

Melalui pembacaan,

FA ni merupakan rentak jantung tidak normal

dan paling kerap berlaku.

Ala ala nervous...

nak kena interview..

;)


Ia memberikan kesan terhadap keupayaan jantung menjalankan tugasnya.

Keadaan ini menyebabkan kadar denyutan jantung dan nadi menjadi luar biasa dan tidak stabil,Kadar denyutan jantung seseorang yang normal katanya, ialah 60 hingga 100 kali seminit. Tapi dalam keadaan FA ruang atas jantung berdegup antara 350 hingga 700 kali seminit.

wow...tiga kali ganda

jadi

aliran darah berkurangan antara 20 hingga 30 peratus dalam sesetengah keadaan.Proses mengepam darah dari jantung ke seluruh badan akan terjejas

lain orang lain kesannya.

dan masalah FA ni juga lebih mencabar daripada penyakit jantung yang lain.

dan lebih mudah untuk diserang angin ahmar atau lemah jantung..

ye la..

jantung kita dah buat kerja lebih dari yang sepatutnya..setiap hari

mana boleh tahan kan..

Pesakit akan berasa letih dan lemah.

Sebahagian darah mungkin tertinggal dan bertakung dalam atrium

dan akan membentuk darah beku.


simptom-simptom:

@ mudah berdebar secara tiba-tiba

walaupun tengah berehat dengar radio

@ merasa cepat letih

@ lemah

@ sukar untuk bernafas

@ penglihatan juga mungkin kelihatan kabur

@ leher mudah berdenyut

@ berpeluh

@ panas badan

walaupun aircond dah 16 deg

ada di antara symtom FA di atas ni...sama dengan symptom pesakit thyroid

jadi..

adakah thyroid boleh menyebabkan sakit jantung??

nak kena google lagi info about this..

ada kawan pernah berkata..


Lagi banyak kita baca..

Lagi banyak yang kita tak tahu..

Lagi banyak yang kita tak faham..

jadi kena baca lagi banyak

untuk kita lebih faham

dan lebih tahu

dan dari situlah

ilmu kita akan bercambah

dan sesuailah dengan peribahasa

Membaca itu jambatan ilmu

;)


dari nak tahu tentang jantung..perlu cari maklumat

tentang thyroid pulak..


dan pada pendapat sayala..

Cara belajar Master study ni

akan membuatkan sesorang tu

akan lebih banyak membaca,

tapi tak jugak faham..

then

baca lagi dan lagi.

.tapi masih tak jumpa maklumat yang dicari..

dan baca lagi sebab belum jumpa

dan apa yang di'jumpai' sepanjang pencarian info itu

juga ilmu

agak-agak

banyak mana yang perlu dibaca untuk jumpa apa yang dicari yer..

;)


Tuesday, January 31, 2012

Terengganu lagi..

CNY kami beramai-ramai ke kenduri kawin di Kuala Krai, Kelantan. Cadangan nak ke Kota Bharu selepas kenduri terpaksa dibatalkan kerana ada desas desus kata jalan sesak ke Kota Bharu...
Tak sure lak betul-betul sesak atau driver2 ni je yang tak mau bawak kaum ibu pergi Pengkalan kubur kan..

On the way back ..

sebagai gantirugi tak dapat pergi KB, puan pid demand nak singgah Sekayu Waterfall...
tapi tetap tak lulus dek Mr. Z ...
tetapi diganti dengan singgah kat pantai ni..
rehat-rehat sekejap.
Kira OK la..
;)

Pantai Penarik


Bermalam di rumah Che De satu malam
dan keesokkan harinya Puan pid ke Kuala Terengganu sebelum balik ke Kuantan.

Singgah di
Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man
RM 15 for adult,
Taman monumen ni memaparkan 23 buah monument Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated.

Pengunjung boleh pilih 3 cara untuk meneroka kawasan ni iaitu, naik tram (RM3), Buggy ride (ada yang untuk 3, 5 dan 8 orang dan berbeza harga) dan boleh pilih basikal kalau suka lebih mencabar.

Monumen Kubbah As-Sakhrah


Monumen Kubah Xian Mosque, China

Monumen Badshi Mosque, Lahore, Pakistan.

Puan pid sampai dalam 11pg tapi hari dah panas terik...dan tak banyak gambar yang dapat diambil..
:(

Then kami solat di Masjid Kristal sebelum balik ...


Dapat jugak solat zohor di sini akhirnya
:)

Tuesday, January 17, 2012

Anual Vacation..

New York??

Sydney??

Hawaiiii??

Maldives ???

.


.


.


.


.



.



.



.



.



.




.

No ! No! No! No!

Just to

Rumahku...

Kampungku

.
.
.
Apabila kita telah terlalu lama menjalani sesuatu rutin harian..

kita akan jadi demotivate untuk menyempurnakan hari-hari kita..
Jadi Puan pid ambil keputusan untuk bercuti panjang..

Merehatkan minda

No stress at all

where??

Just
a vacation to my Hometown
;)

What is so special about my hometown?

no ASTRO..
no Aircond
no comfy bed
nothing special in the eyes
but..
SOOO special
deep in my heart..

Just my home sweet home
Ini bukanlah bermakna rumah sewaku di Melaka ni tak best..

#cuma nak bertukar angin

#mencari semangat baru untuk menghadapi cabaran tahun 2012 pula.

#Cuba melupakan kenangan pahit sepanjang 2011

#Melawat saudara-mara rapat yang tak sempat jumpa masa raya..

#Jalan-jalan cari makan makanan yang boleh jumpa di my hometown je..
* Sambal kulat sisik
* Ikan patin yang murah
*Pais ikan patin yg sedap
*Buah rambutan yang murah
*Durian kampung yang murah
*boleh makan nasi minyak kat belakang rumah tu sampai jemu..
*Boleh makan nasi lemak yang sedap kat kampung ni..

#Boleh kutip hasil kat kebun Abg ngah ;)

Jadual Puan Pid selama beberapa hari sangat padat dalam keselesaan..;)

1st Day :

Dari Melaka ke Kuala Selangor untuk ke kenduri Ayh nik
dan singgah tengok Kelip-kelip Kg Kuantan.Sampai my hometown jam 2pg.


2nd Day:
Rehat di rumah dengan senang-lenang


3rd Day:
Breakfast nasi minyak ~Ke kawasan perkuburan~ Pusing-pusing kampung dan rehat di rumah.

4th Day:
Berjaya potong kain untuk 1 baju kurung ~Gi bank~
then ke KL jap jalan-jalan di SOGO and Jln TAR.
Balik, tgk TV dan tidur.


5-7th Day:

Breakfast Nasi Minyak lagi..
then pergi Pejabat Tanah di M*r*n untuk bayarkan cukai tanah/pintu adikkakakku
~Jalan-jalan cari makan di Aloha.
Ada Pais ikan patin yang besar dan sedap serta ayam kampung yang murah.
Kutip hasil rambutan di kebun Adi (FOC)
~ke LHDN T*m*r*o* dan pusing-pusing bandar-bandar dengan senang hati..haha memang senang hati..tinggalkan office untuk buat benda-benda ni semua.Dont worry Puan Pid akan cover balik dengan semangat baru ni nanti.
Kerja memang tak akan habis2..
On the way back..singgah rumah makngah dan borak-borak sampai malam.
Balik beli ikan patin dan tidur.
masak-masak
makan-makan
borak-borak
kemas-kemas

7th Day:
Went Rawang~1 night stay.
Bungkus ikan-ikan patin yang dipesan.
Pergi kenduri Naik rumah baru di shah Alam s9.Bangga kerana org melayu dah mampu beli rumah mcm tu.tapi penatnya naik tangga.Ada my old friend juga dah beli rumah besar mcm ni.
i'm proud of you all.
Waiting for my youngest sister, adi yang akan pindah dari kuantan.
jam 3 pg lori sampai dan angkat2 barang.
Haru betul.Lori tu dia contact di mudah.com.my.
so hati-hati yer..
kacau program kita kalau bertolak 6pm dr kuantan, 3 pg baru sampai KL.
Mana ko singgah lori?? banyak sgt job yg kau ambil dlm satu masa.

.

.

.

.

.

.


sambut New Year di Tengah Highway Duke

Esoknya balik Melaka dan berehat.

walaumacamana pun saya tetap gembira to the max..

I'm very happy
and one of my friends noticed that my dark circle is gone..
;)

tapi bad news is..
Puan pid betul-betul tak ingat nak ambil 1 gambar pun..
Mana bukti percutian?

tiada langsung bukti yang fizikal..
hanya kenangan, kegembiraan dan kepuasan bercuti yang puan pid ada.
Dan saya berazam untuk menjadikan percutian ini sebagai anual vacation.

Semua terasa ringan dan
saya rasa..
saya dah bersedia mengahadapi cabaran kerja 2012
insyaAllah tidak akan menambah statistik individu dalam profession ni
di Hosp M*n*a*.

i'm ready!

so guys
wait for me!












Monday, January 16, 2012

Clear water dont sangka NO Crocs !

But ..

this is definitely not a clear water..

so should i worry?..

Positive thinking..

"of course crocs tinggal di lubuk sungai je.."

;)

Here are the pics of a river in Hulu Telemong, Kuala Berang Terengganu.

Airnya tenang dan suasana sunyi di muara sungai ni..

mungkin kerana kanak-kanak kampung ni dah jemu main-main di sungai..

orang yang jarang balik kampung ni je jakun nak mandi sungai..

rasa nak je puan pid buat rumah tepi sungai ni..

Suasana aman damai..

Udara pun segar..

confirm hidung tak tersumbat lagi..

enjoy the pics..

;)












till the next post

;)