Thursday, February 2, 2012

Apabila ia berlaku, jantung berdegup dengan lebih laju.

Apa yang berlaku????

.

.

.

.

.

Nak pergi Interview?

.

.

.

.

First date ?

.

.

.

.

.

Tengok cerita hantu?

.

.

.

.

.

Tunggu result SPM keluar?

.

.

.

.

Ya !!

ada banyak perkara yang apabila ia berlaku...

JANTUNG BERDEGUP LEBIH LAJU

tapi yang puan pid maksudkan

ialah


Fibrilasi Atrium (FA)

.

.

.

Apa tu???

.

.

.

.

FA adalah keadaan degupan jantung tidak normal berpunca daripada kegagalan impuls elektrik jantung semula jadi.jantung berdegup dengan lebih laju.

Melalui pembacaan,

FA ni merupakan rentak jantung tidak normal

dan paling kerap berlaku.

Ala ala nervous...

nak kena interview..

;)


Ia memberikan kesan terhadap keupayaan jantung menjalankan tugasnya.

Keadaan ini menyebabkan kadar denyutan jantung dan nadi menjadi luar biasa dan tidak stabil,Kadar denyutan jantung seseorang yang normal katanya, ialah 60 hingga 100 kali seminit. Tapi dalam keadaan FA ruang atas jantung berdegup antara 350 hingga 700 kali seminit.

wow...tiga kali ganda

jadi

aliran darah berkurangan antara 20 hingga 30 peratus dalam sesetengah keadaan.Proses mengepam darah dari jantung ke seluruh badan akan terjejas

lain orang lain kesannya.

dan masalah FA ni juga lebih mencabar daripada penyakit jantung yang lain.

dan lebih mudah untuk diserang angin ahmar atau lemah jantung..

ye la..

jantung kita dah buat kerja lebih dari yang sepatutnya..setiap hari

mana boleh tahan kan..

Pesakit akan berasa letih dan lemah.

Sebahagian darah mungkin tertinggal dan bertakung dalam atrium

dan akan membentuk darah beku.


simptom-simptom:

@ mudah berdebar secara tiba-tiba

walaupun tengah berehat dengar radio

@ merasa cepat letih

@ lemah

@ sukar untuk bernafas

@ penglihatan juga mungkin kelihatan kabur

@ leher mudah berdenyut

@ berpeluh

@ panas badan

walaupun aircond dah 16 deg

ada di antara symtom FA di atas ni...sama dengan symptom pesakit thyroid

jadi..

adakah thyroid boleh menyebabkan sakit jantung??

nak kena google lagi info about this..

ada kawan pernah berkata..


Lagi banyak kita baca..

Lagi banyak yang kita tak tahu..

Lagi banyak yang kita tak faham..

jadi kena baca lagi banyak

untuk kita lebih faham

dan lebih tahu

dan dari situlah

ilmu kita akan bercambah

dan sesuailah dengan peribahasa

Membaca itu jambatan ilmu

;)


dari nak tahu tentang jantung..perlu cari maklumat

tentang thyroid pulak..


dan pada pendapat sayala..

Cara belajar Master study ni

akan membuatkan sesorang tu

akan lebih banyak membaca,

tapi tak jugak faham..

then

baca lagi dan lagi.

.tapi masih tak jumpa maklumat yang dicari..

dan baca lagi sebab belum jumpa

dan apa yang di'jumpai' sepanjang pencarian info itu

juga ilmu

agak-agak

banyak mana yang perlu dibaca untuk jumpa apa yang dicari yer..

;)


1 comment: