Thursday, December 29, 2011

Fireflies at Kampung Kuantan

Last weekend ada kenduri di Kuala Selangor..
On the way to KS..
ternampak signboard Kelip-kelip Kg Kuantan.
Terus teringat cadangan Kyra supaya gi tengok kelip-kelip kalau pergi kenduri ni nanti.

Terus ajak Mr.Z pergi waktu balik nanti,

YESSSS!

dia terus setuju tanpa syarat..
;)

Fireflies At Kampung Kuantan terkenal sejak iklan TNB tersiar di TV kita beberapa tahun lepas. Kalau tak salah yang Adibah Nor bawak kerusi, duduk kat jeti..pastu ada banyak kelip-kelip berterbangan.

Sekarang program Fireflies ni ditaja sepenuhnya oleh TNB.Even life Jacket pun ada logo TNB.Kalau refer blog, terdapat resort nearby..
tapi tak nampak apa-apa pun masa kami sampai sebab dah gelap.

Fireflies At Kampung Kuantan is located about 6km from the house. We leaved the the house around 6.45pm and pray at the mosque beside the Fireflies At Kampung Kuantan.
Walaupun belum jam 8 mlm, dah ramai yang beratur menunggu giliran untuk naik sampan.

Setelah beratur dalam 15 mnt.Kami dapat naik sampan.Nervous nak naik sampan malam2 tu ada jugak tapi cover line sebab bawak anak saudara..sebab diaorg lagi takut..
;)

Sampan di kayuh perlahan-lahan dan bila dah jauh dari jeti..kami nampak macam pokok krismas yang berbelip-kelip..

Apa tu???

Confuse jap...

rupa-rupanya..itulah kelip-kelip yang dicari.Mereka tinggal di pokok-pokok berembang. Sangat banyak di satu-satu pokok tu hingga kita nampak pokok tu meriah dengan lampu-lampu kecil .

Maha Suci Allah

Segala Puji Bagi Allah

Allah Maha Besar

Cantiknyaaa...

Puan pid terus simpan camera and just enjoy the view..
lagi pun camera puan pid tak cukup power nak ambil gambar di kawasan gelap gelita.Flash juga boleh mengganggu kelip-kelip.


Satu sampan 4 penumpang berharga RM40.
Puan Pid panggil itu sampan kerana ia menggunakan pengayuh kayu dan sampan kayu.Terdapat 27 buah sampan yang sedia membawa pengunjung.
Perjalan mengambil masa 20minit untuk pergi dan balik dari jeti ke tempat Fireflies.

Actually, puan pid betul-betul terpengaruh dengan iklan TNB tu....nak duduk kat jeti je untuk tengok kelip-kelip yang datang berterbangan kat muka kita...
he he he..

Mana ada semua tu....
sebab kita perlu naik bot ke kawasan habitat kelip-kelip tu.Barulah boleh nampak..walaupun tak jauh sangat dari jeti..kita kena tgk dari dekat..
baru boleh nampak cahaya berkelip-kelip.


Kelip-kelip tu tinggal di pokok Berembang yang ada di sepanjang sungai tu. Sampan digunakan untuk mengelakkan bunyi bising yang akan menggangu kelip-kelip.sampan juga tiada lampu..kerana kalau terang, kita tak akan dapat melihat cahaya kelip-kelip dengan jelas.

Cuma a few pics yang nampak elok skit..
yang lain gelap-gelita..
Control ayu dengan baju kurung

Dah ready untuk naik sampan

Kami redah je dengan baju kurung (kata nak duduk kat jeti je tengok kelip-kelip ;))
dari rumah kenduri kannn..
Yea..dah sampai our turn

Muka happy Tgk fireflies dalam sampan
Muka terkejut sampan berlaga dengan Jeti.
Perlu berhati-hati semasa nak naik dari sampan ke jeti sebab bergoyang. Puan Pid hampir-hampir je tergolek dengan baju kurung tu..
;)

Hampir-hampir je yer...belum lg tergolek


Jeti dari sampan kami..



Dah selesai..







#3 : Wordless Wednesday


Gunung Senyum,

Pahang

:)

Tuesday, December 27, 2011

Apa Ada Dalam Taman?

Dalam taman Puan Pid

ada....




Nama : Kemboja(Orange + purple)
Usia : Beberapa bulan sahaja (ambil bila dah besar dan berbunga)
Asal : Merlimau
Keistimewaan: Bau yang harum dan menyegarkan & Rama-rama suka datang sejak ia berbunga.


Nama: Bunga Pink
Usia : <1 tahun
Asal : Floria 2011, Putrajaya
Keistimewaan : Bunganya kembang dengan warna putih dan akan bertukar menjadi pink.Sangat wangi dan cantik sesuai untuk Pagola. Rama-rama juga suka datang sejak ada bunga ni dan kemboja di atas.Puan Pid nak tutup pagar kawat duri dengan pokok ni bersama bunga oren di bawah nanti.

Nama: Bunga Kertas Oren
Usia : >11 tahun
Asal : Parit Raja, Batu Pahat
Keistimewaan : Umur Panjang walaupun kena tinggal di kg selama 3 thn sebelum dibawa ke Melaka tapi masih gagah sampai sekarang.Tapi belalang sangat suka daunnya.



Nama: Cekur
Usia : > 11 tahun
Asal : Temerloh, Pahang
Keistimewaan : Pokok ni rimbun dan ada bunga Putih .Emak yag tanam.Umur panjang selagi rizomnya ada. Tidak tahan lasak, tinggal di merata tempat Puan Pid pergi termasuk hostel Uxxx sebelum dibawa ke Melaka tapi masih bertahan sampai sekarang. Daun boleh dicampur dalam masak lemak/ cekodok.


Nama: Bunga Oren
Usia : < 1 tahun
Asal : Floria 2011, Putrajaya
Keistimewaan : Pokok ni rimbun dan cantik sesuai untuk Pagola.Puan Pid nak tutup pagar kawat duri dengan pokok ni nanti.


Nama: Putih
Usia : 2 tahun
Asal : Temerloh, Pahang
Keistimewaan : Sentiasa Berbunga, Mudah hidup dan Tahan Lasak.Family kami tanam pokok ni atas pusara sebab mudah hidup walaupun di tanah kelikir.


Nama: Jenis ada Rizom
Usia : 11 tahun
Asal : Batu Pahat, Johor
Keistimewaan : Sangat suka pokok ni. Dah 10 tahun usia, baru anak anak.Tidak perlu penjagaan yang rumit dan tahan lasak, tinggal di kg selama 3 thn sebelum dibawa ke Melaka tapi masih gagah sampai sekarang.


Nama: Jenis Palma
Usia : 11 tahun
Asal : Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Keistimewaan : Sangat suka pokok ni. Juga 10 tahun usia, baru anak-anak.Tidak perlu penjagaan yang rumit dan tahan lasak, tinggal di kg selama 3 thn sebelum dibawa ke Melaka tapi masih gagah sampai sekarang.

Nama: Jenis ada rizom
Usia : > 11 tahun
Asal : Temerloh, Pahang
Keistimewaan : Pokok ni rimbun dan cantik kalau tanam dalam pasu segiempat.


Nama: Mengkuang
Usia : 10 tahun
Asal : Kuala Kelawang, Negeri Sembilan
Keistimewaan : Daun yang lebar dan hijau


Nama: Limau Kasturi
Usia : <1 tahun
Asal : Merlimau, Melaka
Keistimewaan : Buah yang banyak dan anytime nak buat sambal..dia ada

Nama: Jenis Kaktus
Usia : 11 tahun
Asal : Batu Pahat, Johor
Keistimewaan : Tidak perlu penjagaan yang rumit dan tahan lasak, tinggal di kg selama 3 thn sebelum dibawa ke Melaka tapi masih gagah sampai sekarang.Tahun 2011 ni tumbuh bunga yang panjang tu lebih 2 meter.


Nama: Senduduk
Usia : < tahun
Asal : Merlimau
Keistimewaan : Benih yang mungkin dibawa oleh burung. Tiba-tiba dah ada dalam pasu kaktus. Belum pasti bunga warna apa.


Nama : Daun Kari
Usia : < 1 tahun
Asal : Merlimau
Keistimewaan : Sangat berguna setiap kali nak buat asam pedas dan karipap.


Usia : > 11 tahun
Asal : Pahang
Keistimewaan : Umur Panjang, kak cah yang punya pada zaman dia minat kaktus.


Usia : > 10 tahun
Asal : Pahang
Keistimewaan : Mudah hidup/mati

Ada 2- 3 lagi yang terlupa nak snap termasuk anak rambutan gula batu..

dan dijangka akan bertambah lagi sebab masih ada pasu kosong..




Till the next post..

;)




Wednesday, December 14, 2011

#2 : Wordless Wednesday

~Nice smell~
*Nice Color*
:)

..Keharumannya bisa
mengundang kehadiran Si rama-rama..


Tuesday, December 13, 2011

Lagi Cuti-CuTi MelakA...

Naik beca bersama wafin..masa my other elder sister came on last school holiday..
this year jugakla..

Di kawasan menara jam..sambil tunggu ayahnya ambil kereta..

Harith & BIL



A few weeks a go..
My elder sister came for a meeting at Semabok Inn..
Not bad for room that less than RM100..and near to Bandar Hilir. Tempat nak breakfast pun senang nak cari nearby..

We all just went river cruising due to time constrain..
and kesian kat baby zarith terpaksa berpanas..
river cruise ni sangat berbaloi jika kita experience di malam hari..
Siang pun ok jugak..tapi takla secantik pada waktu malam

Naik bot jam 11 pg..panasss...


Tapi Harith enjoy semacam je..lebih-lebih lagi bila nampak biawak..
Kanak-kanak zaman sekarang..
;)
masa puan pid kecik-kecik dulu..
jumpa biawak kat bawah rumah jer..nothing's so special pun..
Ada sesiapa jumpa biawak bawah rumah lagi tak???
Maybe ada lagi...
;)


Lepas naik bot..kaki dah penat berjalan tadi..dan hari dah panas terik..
Kita dah tak larat nak jalan kaki ..
sooo...
Naik beca dari Kapal besar ke kawasan menara jam..kena RM 15 untuk satu beca..
Mahal kan???
Takpela..kalau kena ketuk lebih2 tu...
anggapla sedekah sebab dah bawak 3 org yang sihat ni sejauh 50m..

Then.. go for lunch at selera kampung..
memang berselera betulla..
tapi tersangat ramai orang..
nak ambil nasi...kena beratur panjang..
nak ambil lauk pun...kena beratur panjang..
tapi saya tahu ramai yang sanggup je beratur..... sebab mengenangkan lauk pauknya yang mengiurkan dan melelehkan air liur melihatnya..
Kitaorg makan di bahagian yang ada aircond..
Fuhh legaaa...

Then terus balik rumah sebab malam nak go for dinner kat Umbai lak..
di Umbai..puan pid selalu bawak family/kawan2 makan kat 1 kedai je..
yang dijamin tak mengecewakan...tapi agak mahal berbanding kedai lain.Kedai ni punya servis agak cepat..tapi takle lawan kedai mamakla..
Sampai-sampai..terus pilih ikan, order nak masak ape dan sayur/sup sekali dan trus ambil nombor.
kalau dah ada nombor di meja..
barulah waiter/waitress datang untuk ambil order air/nasi putih.
kat sini..puan pid terlupa pulak nak snap gambar...
apa-apa pun memang puas hati..
dann
jgn serik untuk datang lagi yer..