Tuesday, December 27, 2011

Apa Ada Dalam Taman?

Dalam taman Puan Pid

ada....




Nama : Kemboja(Orange + purple)
Usia : Beberapa bulan sahaja (ambil bila dah besar dan berbunga)
Asal : Merlimau
Keistimewaan: Bau yang harum dan menyegarkan & Rama-rama suka datang sejak ia berbunga.


Nama: Bunga Pink
Usia : <1 tahun
Asal : Floria 2011, Putrajaya
Keistimewaan : Bunganya kembang dengan warna putih dan akan bertukar menjadi pink.Sangat wangi dan cantik sesuai untuk Pagola. Rama-rama juga suka datang sejak ada bunga ni dan kemboja di atas.Puan Pid nak tutup pagar kawat duri dengan pokok ni bersama bunga oren di bawah nanti.

Nama: Bunga Kertas Oren
Usia : >11 tahun
Asal : Parit Raja, Batu Pahat
Keistimewaan : Umur Panjang walaupun kena tinggal di kg selama 3 thn sebelum dibawa ke Melaka tapi masih gagah sampai sekarang.Tapi belalang sangat suka daunnya.



Nama: Cekur
Usia : > 11 tahun
Asal : Temerloh, Pahang
Keistimewaan : Pokok ni rimbun dan ada bunga Putih .Emak yag tanam.Umur panjang selagi rizomnya ada. Tidak tahan lasak, tinggal di merata tempat Puan Pid pergi termasuk hostel Uxxx sebelum dibawa ke Melaka tapi masih bertahan sampai sekarang. Daun boleh dicampur dalam masak lemak/ cekodok.


Nama: Bunga Oren
Usia : < 1 tahun
Asal : Floria 2011, Putrajaya
Keistimewaan : Pokok ni rimbun dan cantik sesuai untuk Pagola.Puan Pid nak tutup pagar kawat duri dengan pokok ni nanti.


Nama: Putih
Usia : 2 tahun
Asal : Temerloh, Pahang
Keistimewaan : Sentiasa Berbunga, Mudah hidup dan Tahan Lasak.Family kami tanam pokok ni atas pusara sebab mudah hidup walaupun di tanah kelikir.


Nama: Jenis ada Rizom
Usia : 11 tahun
Asal : Batu Pahat, Johor
Keistimewaan : Sangat suka pokok ni. Dah 10 tahun usia, baru anak anak.Tidak perlu penjagaan yang rumit dan tahan lasak, tinggal di kg selama 3 thn sebelum dibawa ke Melaka tapi masih gagah sampai sekarang.


Nama: Jenis Palma
Usia : 11 tahun
Asal : Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Keistimewaan : Sangat suka pokok ni. Juga 10 tahun usia, baru anak-anak.Tidak perlu penjagaan yang rumit dan tahan lasak, tinggal di kg selama 3 thn sebelum dibawa ke Melaka tapi masih gagah sampai sekarang.

Nama: Jenis ada rizom
Usia : > 11 tahun
Asal : Temerloh, Pahang
Keistimewaan : Pokok ni rimbun dan cantik kalau tanam dalam pasu segiempat.


Nama: Mengkuang
Usia : 10 tahun
Asal : Kuala Kelawang, Negeri Sembilan
Keistimewaan : Daun yang lebar dan hijau


Nama: Limau Kasturi
Usia : <1 tahun
Asal : Merlimau, Melaka
Keistimewaan : Buah yang banyak dan anytime nak buat sambal..dia ada

Nama: Jenis Kaktus
Usia : 11 tahun
Asal : Batu Pahat, Johor
Keistimewaan : Tidak perlu penjagaan yang rumit dan tahan lasak, tinggal di kg selama 3 thn sebelum dibawa ke Melaka tapi masih gagah sampai sekarang.Tahun 2011 ni tumbuh bunga yang panjang tu lebih 2 meter.


Nama: Senduduk
Usia : < tahun
Asal : Merlimau
Keistimewaan : Benih yang mungkin dibawa oleh burung. Tiba-tiba dah ada dalam pasu kaktus. Belum pasti bunga warna apa.


Nama : Daun Kari
Usia : < 1 tahun
Asal : Merlimau
Keistimewaan : Sangat berguna setiap kali nak buat asam pedas dan karipap.


Usia : > 11 tahun
Asal : Pahang
Keistimewaan : Umur Panjang, kak cah yang punya pada zaman dia minat kaktus.


Usia : > 10 tahun
Asal : Pahang
Keistimewaan : Mudah hidup/mati

Ada 2- 3 lagi yang terlupa nak snap termasuk anak rambutan gula batu..

dan dijangka akan bertambah lagi sebab masih ada pasu kosong..




Till the next post..

;)




No comments: