Wednesday, June 27, 2012

Menu Yang Menggoda Nafsu...

Minggu ni saja dah beberapa menu/makanan berjaya menggoda nafsu makan puan pid...

Tak tahan betul tengok buah rambutan yang masak ranum kat pokok2 orang Melaka ni...
alahai pakcik makcik........
jualla sikit bagi orang yang merantau macam saya ni rasa kenikmatan rambutan tu.....
susah betul nak jumpa orang jual rambutan tepi jalan walaupun sekarang tengah musim.Yang ada kat tesco tu RM6 per kilo...
:(


Then my sister lak sms...bagitau..kalau nak makan cempedak, boleh datang rumah dia...
Katanya ' sekarang ni..boleh dikatakan tiap2 hari kitaorang makan cempedak goreng' perghhhh..
tak sanggup nak reply yang kata aku tak dapat nak gi sana..
ku tenung je sms tu lama2..sampai takde perasaan
:(
Tengok gambar je larr

Cepatlah Melaka musim cempedak pulak....

Petang semalam...tiba-tiba rasa nak makan kek lapis horlick...
nak buat sendiri..kena ambil masa 5 jam...dan belum jamin sedap menjadi. Nak mintak MIL buatkan...jauh sangat pulak ..survey sana sini semuanya pos RM 10 ke atas. Keknya RM 15 shj dan tak ada pulak yang buat kek lapis horlick.Kek lapis kat JJ slalunya dah tengi..then teringat yang penyanyi Deja moss tu ada buat kek lapis dalam rancangan JJCM. Cari alamat kedai...rupa-rupanya kat area ampang dan ramai yang kata kek dia sedap sesangat....harga RM30 per cake tapi saiznya sama dengan yang harga RM15. Awat mahal nooo harganya...??
Oleh kerana terpengaruh dengan komen orang, mintak jugakla Mr Z pi carikan malam tadi. 
So hari sabtu ni baru dapat rasa keknya..harap-harap rasanya berbaloi dengan harganya..


Pastu...masa breakfast tadi...
ada kawan bukak cerita pasal kambing golek pulak....
terbayang2 lak gambing golek dalam rancangan spice route yang aku tengok sebelum ni....

aduss...
mana nak cari..
hari ni baru masuk hari rabu puan pid oii..
jangan over makan..
kelak merana badan...
Wanita ada 99 nafsu dan 1 akal..
nafsu makan je pun jenuh nak kawal kan...
belum lagi J card day esok...
;)

Makanlah untuk kehidupan..
Jangan hidup untuk makannnn je..
;)

No comments: