Tuesday, July 31, 2012

Mission Almost Complete...

Sebelum ni ada entry tentang menu yang menggoda nafsu Puan Pid..
Alhamdulillah..semua menu tu dapat dinikmati dalam minggu yang sama kecuali kambing golek..mungkin masih bukan di tahap mengidam sangat-sangat.So..puan pid tak mencari lagi kambing golek di mana-mana.

Kek lapis Horlick tak ada tapi diganti dengan kek lapis masam-manis Deja Moss. Saiznya comel sangat tak sesuai dengan harga plus terlalu berminyak(mungkin terlebih butter) and too sweet for me. Mungkin sesuai dengan taste orang lain..tapi tak sesuai dengan tekakku..rasa sikit je..tapi sampai sekarang tak habis-habis lagi.

Yang lain-lain memang marvellous..

Sekarang dah nak masuk pertengahan Ramadhan, nasib baik kat dalam ni ada pasar ramadhan mini..so tak perlulah masak bagai untuk berbuka.Sebab bila orang masak sikit-sikit ni selalunya rasa masakannya cukup masam manisnya. Bukan setakat nak jual cari duit, tetapi rasa tak seindah rupa.

Setakat beberapa hari ni semuanya cukup rasa...
dan tak perlulah nak bersesak di pasar ramadhan bandar Merlimau mahupun
bersesak2 nak masak kat dapur sendiri.
Tapi ada satu menu yang best di Pasar Ramadhan Merlimau iaitu...
.

.
MURTABAK CHE ROS 
( Murtabak daging yang tebal, sedap, juicy and meriah dengan segala isi cicah kuah kari)
.

.
.
&

Menu yang Puan Pid dah cuba kat paRAM mini ni:

Nasi goreng Matahari yang sedap
(Nasi Goreng + Ayam Goreng Kunyit + Telur Mata)
Nasi Ambeng
Karipap Besar Telur Sardin
Ayam Masak Merah
Sambal Tempoyak Masak (Buat i rindu nak balik kampung)

Gambar??? 
ye tak ye jugak..tak teringat langsung nak ambil gambar sebelum makan..
bila pinggan dah licin baru nyesal tak snap..
Imagine je la kan..

Harap2 minggu ni dan seterusnya..
diaorang tukar menu lain supaya complete 1 bln Puan Pid cuti masak bulan ni...
Aminn
;)

No comments: