Last weekend ada kenduri di Kuala Selangor..
On the way to KS..
ternampak signboard Kelip-kelip Kg Kuantan.
Terus teringat cadangan Kyra supaya gi tengok kelip-kelip kalau pergi kenduri ni nanti.
On the way to KS..
ternampak signboard Kelip-kelip Kg Kuantan.
Terus teringat cadangan Kyra supaya gi tengok kelip-kelip kalau pergi kenduri ni nanti.
Terus ajak Mr.Z pergi waktu balik nanti,
YESSSS!
dia terus setuju tanpa syarat..
;)
Fireflies At Kampung Kuantan terkenal sejak iklan TNB tersiar di TV kita beberapa tahun lepas. Kalau tak salah yang Adibah Nor bawak kerusi, duduk kat jeti..pastu ada banyak kelip-kelip berterbangan.
Sekarang program Fireflies ni ditaja sepenuhnya oleh TNB.Even life Jacket pun ada logo TNB.Kalau refer blog, terdapat resort nearby..
tapi tak nampak apa-apa pun masa kami sampai sebab dah gelap.
Fireflies At Kampung Kuantan is located about 6km from the house. We leaved the the house around 6.45pm and pray at the mosque beside the Fireflies At Kampung Kuantan.
Walaupun belum jam 8 mlm, dah ramai yang beratur menunggu giliran untuk naik sampan.
Setelah beratur dalam 15 mnt.Kami dapat naik sampan.Nervous nak naik sampan malam2 tu ada jugak tapi cover line sebab bawak anak saudara..sebab diaorg lagi takut..
;)
Sampan di kayuh perlahan-lahan dan bila dah jauh dari jeti..kami nampak macam pokok krismas yang berbelip-kelip..
Apa tu???
Confuse jap...
rupa-rupanya..itulah kelip-kelip yang dicari.Mereka tinggal di pokok-pokok berembang. Sangat banyak di satu-satu pokok tu hingga kita nampak pokok tu meriah dengan lampu-lampu kecil .
Maha Suci Allah
Segala Puji Bagi Allah
Allah Maha Besar
Cantiknyaaa...
Puan pid terus simpan camera and just enjoy the view..
lagi pun camera puan pid tak cukup power nak ambil gambar di kawasan gelap gelita.Flash juga boleh mengganggu kelip-kelip.
Satu sampan 4 penumpang berharga RM40.
Puan Pid panggil itu sampan kerana ia menggunakan pengayuh kayu dan sampan kayu.Terdapat 27 buah sampan yang sedia membawa pengunjung.
Perjalan mengambil masa 20minit untuk pergi dan balik dari jeti ke tempat Fireflies.
Actually, puan pid betul-betul terpengaruh dengan iklan TNB tu....nak duduk kat jeti je untuk tengok kelip-kelip yang datang berterbangan kat muka kita...
he he he..
Mana ada semua tu....
sebab kita perlu naik bot ke kawasan habitat kelip-kelip tu.Barulah boleh nampak..walaupun tak jauh sangat dari jeti..kita kena tgk dari dekat..
baru boleh nampak cahaya berkelip-kelip.
Kelip-kelip tu tinggal di pokok Berembang yang ada di sepanjang sungai tu. Sampan digunakan untuk mengelakkan bunyi bising yang akan menggangu kelip-kelip.sampan juga tiada lampu..kerana kalau terang, kita tak akan dapat melihat cahaya kelip-kelip dengan jelas.
Cuma a few pics yang nampak elok skit..
yang lain gelap-gelita..
Control ayu dengan baju kurung
Dah ready untuk naik sampan
Kami redah je dengan baju kurung (kata nak duduk kat jeti je tengok kelip-kelip ;))
dari rumah kenduri kannn..
Yea..dah sampai our turn
Muka happy Tgk fireflies dalam sampan
Muka terkejut sampan berlaga dengan Jeti.
Perlu berhati-hati semasa nak naik dari sampan ke jeti sebab bergoyang. Puan Pid hampir-hampir je tergolek dengan baju kurung tu..
;)
Hampir-hampir je yer...belum lg tergolek
Muka terkejut sampan berlaga dengan Jeti.
Perlu berhati-hati semasa nak naik dari sampan ke jeti sebab bergoyang. Puan Pid hampir-hampir je tergolek dengan baju kurung tu..
;)
Hampir-hampir je yer...belum lg tergolek
Jeti dari sampan kami..
Dah selesai..