Tuesday, September 6, 2016

Turning Point

Assalamualaikum...Hai
Dah lama Kak Pid tak update blog .. Hu Hu..Busy dengan urusan dunia ;(

Alhamdulillah..
Allah SWT beri kepercayaan handle projek amal untuk nelayan di Melaka 
dan Alhamdulillah juga Kak Pid InshaAllah akan jadi student kembali tahun depan..

Terima Kasih Ya Allah atas nikmat yang KAU pinjamkan ini..

Sebelum ini akak pernah berada di comfort zone. Akak ada pekerjaan tetap, gaji yang tetap setiap bulan, suami, anak dan sahabat yang baik di sekeliling.

Akhir tahun 2015..Allah uji Kak Pid satu demi satu..
Dalam keadaan tertekan, anak pun akan rasa emosi yang sama..Jadi boleh mungkin boleh 
bayangkan bagaimana Cik Zara punya kerenah ketika tu dan bagaimana Mamanya punya bersilat setiap hari. Akak juga baru pindah ke rumah sendiri..faham-faham je lah kan..

Setiap hari akak fikirkan jalan penyelesaian, fikir itu, fikir ini, sedih, gundah, gulana peneman setiap hari... Tak selesai juga..
Mulanya akak pilih untuk beli buku dan amalkan zikir-zikir penenang hati, solat tahajud dan solat dhuha mohon Allah tunjukkan jalan keluar. Akak mencari kursus atau seminar yang melibatkan emosi seperti Dr azizan osman dan NLP..tapi kosnya..Allah..akak belum mampu masa tu..

Kemudian fikir nak cari side income dengan cari satu kemahiran diri yang boleh di'modal'..Tapi sesudah difikir agak lama..tak ada ?? Umur dah 36 hu hu hu..

Sambil-sambil tu akak masih lagi mencari dan mencari jalan keluar dari masalah dan kebuntuan akak ni.. akak juga selalu baca perkongsian terjemahan surah-surah pendek sahabat zaman belajar di U dahulu. Rasa kagum dengan apa yang dia buat. Dia bekas Pensyarah yang kini Menjadi Suri sepenuh masa. Beliau menggunakan kemahiran berbahasa inggerisnya menterjemah dan mengolah video-video Ustaz Nouman Ali Khan ke bahasa kita dengan cara yang mudah akak faham. Bukan untuk bisnes tapi untuk dakwah..

Setiap kali baca..memang rasa ditampar, ditumbuk dan sedih..apa yang aku dah buat selama 36 tahun ni?? Akak masih mohon ditunjukkan jalan keluar dan cuba cari jalan untuk dapatkan side income..mana tahu dapat duit lebih dan sahabat positif baru yang tak pernah kenal atau tahu history kita.

Antara posting sahabat saya tadi adalah tentang satu produk yang dia guna semasa pantang bersalin anak ke-5 iaitu Jus Cantek Manees dan pengasasnya Kak June Cantek. Saya tahu..jika sahabat saya ni yang rekemen..pasti pengasas ni adalah orang yang sepatutnya saya kenal juga.

Saya stalk FB dia dan terus fikir nak try bisnes dengan dia..minta dia PM di FB dan KJC call saya untuk terangkan pakej. Yang mana saya boleh bermula bisnes dengan modal RM299.90 sahaja berbanding sebelum ni..ada orang minta saya buat loan untuk mula bisnes.

Setelah barang sampai, saya minum sendiri jus cantek manees dan kakak saya yang sentiasa menyokong bisnes saya selama ni juga cuba...Alhamdulillah..period saya tak terganggu dan tak ada kesan-kesan luar biasa. Biasanya kalau saya makan produk-produk yang ada kolagen..period akan berlarutan sampai sebulan dan perlu ambil ubat untuk stopkan.

Kemudian barulah akak yakin nak berkongsi dengan customer...
Saya Join kelas online KJC yang pertama PERSONAL BRANDING. Akak nekad nak bisnes online walaupun sebenarnya akak malu ya amat sangat nak letak gambar sendiri (sebelum ni hanya letak gambar bunga) , nak beriklan dan sebagainya. Malu dengan berbagai-bagai perasaan, bagaimana tanggapan orang sekeliling, apa yang kawan lama cakap? apa tanggapan family sendiri? apa tanggapan family suami? apa tanggapan kawan-kawan ofis? apa tanggapan ex-boyfren dan sebagainya..

Banyak Kan???

Tapi akak dah buat pilihan untuk join dan jadikan KJC mentor. Akak nekad REDAH SAJER 3 bulan macam yang dia pesan. Macam biasa..akak adalah STUDENT yang SKEMA ! Sebelum bisnes online ni pun akak tak ada apa-apa kejayaan..dJadi dengar je cakap Mentor. Tak rugi apa-apa pun..
Akak tak boleh patah balik.

'Pejam Mata, Pekakkan Telinga'

 Mentor set target akak mesti dapat sale RM1K 3 bulan berturut-turut..
APA 1K??? Baik cikgu !!! (iya kan sahaja..hormat cikgu)

Akak join MAC 2016..sebulan yang pertama hanya kakak penyokong setia yang cuba CM..tak ada sale. Setiap hari pm mentor cantek tanya macam-macam..normal ke takde orang beli langsung ? kalau dia tak sabar, mungkin akak tak teruskan bisnes sampai sekarang..Hujung April akak join seminar Hot CEO. Contentnya adalah sama dengan apa yang akak nak dalam seminar DAO dan NLP.. terus daftar dan kena paksa lagi oleh mentor cantek pilih seat VIP. Takpe..zara selalu nanyi lagu ni..." Dengar Cakap Cikgu..InshaAllah BERJAYA". Tak rugi pun..

Alhamdulillah..akak sangat sangat sangat bersyukur sebab Allah pilih untuk hadir ke Seminar HOT CEO. Allah dah jawab doa akak..Allah tunjukkan jalan melalui seminar ni. Inilah TURNING POINT dalam hidup akak. Akak amalkan teknik-teknik yang diajar oleh speaker-speaker seminar. Tak ada seorang pun yang suruh akak jual produk mereka..hanya ilmu untuk diri kita.

Alhamdulillah..sedar tak sedar..Bulan Mei 2016 akak berjaya capai target. Subhanallah..tak sangka langsung sebab akak just 'follow the rules' disamping sibuk dengan tugas hakiki..Akak pun makin tenang dan berkeyakinan. Akak pegang kata-kata idola akak iaitu Dr Fizatul..

CHALLAGE YOURSELF !!
ITS OK TO MAKE MISTAKE..
but make please make sure not to make the same mistake again..

 Kejayaan demi kejayaan hadir dalam hidup akak..setiap hari dikelilingi oleh insan-insan hebat dan cemerlang. Terima kasih Allah. Terima Kasih Mentor Pn Julara Zahid, Terima kasih Boss Mohd Nazim. Semoga Allah permudahkan segala urusan Tuan dan Puan di Dunia dan Akhirat. Mudah-mudahan Allah kekalkan nikmat ini. 
Amin.

;)