Friday, March 23, 2012

Masjid Tengku Tengah Zaharah@ Masjid Terapung

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung ni menyambut pengunjung ke Daerah Kuala Terengganu (KT)..

Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar KT. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan yang mana ia dibina di atas air di muara Sungai Ibai..sampai je jambatan sungai tu dah boleh nampak masjid ni tersergam indah dikelilingi air yang kebiruan..

sangat cantikkk..
lebih2 lagi kalau sampai kawasan ni waktu tengahari buta..
tapi kebiasaanya..puan pid dapat tengok dari jauh sahaja..
tapi kali ni dapat singgah dan rehat sekejap di kawasan pantai di seberang masjid ni..
Gambar-gambar yang diambil di sini kebanyakannya dia ambil dari seberang masjid..dan juga kawasan pintu belakang masjid..
masa sampai ni memang panas terik..
tengok langit yang cerah..
dah tentu airnya kebiruan..
cuma tak terlihat dalam gambar yang di ambil ni..







Selepas berehat sebentar di sini..puan pid meneruskan perjalanan ke
Pantai Kemasik..

Till the next post
;)