Tuesday, February 19, 2013

Cara Tidurkan Baby Zara



Orang selalu sifatkan tidur lena tu...'tidur macam bayi'.
 Apa pun terjadi di sekeliling...baby tetap lena tidur. Dulu saya percaya..tapi sekarang tidak lagi..semua tu depends on individual. Tidak bagi zara..mungkin dia tak biasa suasana bising. Mamanya pun tengok tv..sound dengar tak dengar kan..so dia sangatlah sensitif dengan bunyi dan susah nak tidur lena..alahaii..tak suka bising-bising pun ada keburukkannya yer..



 Ini gambar zara masa 1 week after borned. 
Senang sangat nak tidur..tidur memanjang walapun dibedung. Masuk je 2nd week...dia dah refused dibedung..fine zara..mama tak bedung siang je.Tapi masalahnya kat kawasan rumah ni sangatlah bising. Zara asyik terjaga dan tak tidur lebih-lebih lagi bila usia masuk 1m. Risau betul bila tengok anak kita tak boleh tidur sebab persekitaran. Masa tu memang i tak sabar nak balik duduk melaka.

 Then bermulalah episod berusaha macam-macam cara nak bagi zara tidur lena dalam keadaan bising tu. Puan pid terpaksa tidurkan zara dalam keadaan meniarap macam ni. Walaupun tahu bahaya..tapi dengan cara ni sahaja dia akan tidur lama sikit. Kalau terkejut bunyi bising pun dia akan gerak sikit-sikit je dan lena semula. Tapi mamanya memang tak senang hati. Kejap-kejap jenguk. Orang kata baby memang pandai alih sendiri kepala..tapi dalam masa i perhati, ada masanya dia memang tekup hidung dia kat tilam. Dia malas nak paling kot...atau lenguh atau dah ngantuk sangat. Ini gambar masa minggu-minggu terakhir di BSP iaitu usia zara 2M++.
 Oleh sebab risau nak tidurkan dia meniarap selalu, i cuba macam-macam cara antaranya..test buai biasa.....
tapi...

Letak je terus nangis. Gayat kot sebab goyang-goyang. Tapi sekarang, boleh pulak dia tidur buai kat rumah pengasuh..baby ni selalu berubah rupanya. Cuma baru i tahu rupanya ada petua untuk masukkan baby dalam buai...manala mama tahu ye zara. Kita kan koboi je berdua kat rumah...;)

Pastu dah buai tak jalan...
sanggup beli rocker sebab ada kawan kata baby dia suka tidur dengan adanya benda tu..i pun order.punyalah lama nak dapat...masa ni la orang tu ada problem pasal pos. dekat sebulan jugak baru dapat sebab kawan yang i tumpang pos kat office dia tu pun balik kampung.


Tapi...tengokla muka dia. masa mula letak je senyum...pastu nangis. Gayat lagi ke...ish ish ish..ikut sapala yang gayat je ni yer..
sampai sekarang...dia nak main je kat situ..takdenya dia nak tidur atas rocker.

Next..try pulak bedtime bath and losyen..
katanya kajian tunjukkan baby tidur 40% lebih lena. Bolehlah berkesan sikit-sikit...rasanyalah sebab malam dia mudah tidur. Siang still tak jauh beza. Urut-urut pun tak jalan sebab dah memang bising betullah kat sini. Dah orang parking motor kat bawah rumah kita...manalah tak bising. Zara cuma akan tidur lena jam 10 mlm ke atas sammpaila jam 5 pg. Sebab 5 pagi dah ada orang start motor gi kerja. 

Tapi sekarang mama dah tak risau lagi..zara tidur lena siang atau malam sebab dah balik Melaka. Kat sini kawasan aman damai sebab rumah pun mengadap kebun orang. Tak ramai orang lalu lalang.
Harap zara tidur lena juga kat rumah pengasuh yer..
;)