Friday, January 26, 2018

Pernah berada di zon yang sangat selesa

Selesa dari segi kewangan
Selesa dari segi tempat tinggal
Selesa dari segi teman-teman

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Tak pernah curiga, tak pernah juga terfikir akan dikhianati teman yang baik. Mungkin juga memang kelemahan sendiri. Tiada yang kekal di dunia

Allah maha mengetahui

Mungkin aku membenci sesuatu tetapi ia baik buatku

Alhamdulillah..

 Itulah permulaan bagi perjalanan hidup yang lebih bermakna sekarang yang mana setiap hari bersama pecinta-pecinta Al Quran.
Penghijrahan satu pengorbanan..
Bukan untuk seorang tapi untuk seluruh keluarga

Kadang-kadang, kesian tengok zara..ke sana ke sini diangkut mamanya ni ke mana sahaja. Sekejap di kelas Quran UM, sekejap di rumah, sekejap di sana, sekejap di sini..

Masa kanak-kanaknya diisi dengan perjalanan di dalam kereta dan menunggu mamanya belajar. Semoga syurga tanpa hisab buatmu anak..

Pindah rumah demi memulakan perjuangan di tempat baru juga bukan mudah, juga mengundang kontroversi tapi ambil pendekatan " perjalanan setiap orang tak sama' jadi jalan terus dengan izin Allah dan dengan nama Allah.