Wednesday, September 15, 2010

The Best Hari Raya Story...

HAri Raya???
sememangnyer hari yAng dinanti-nanti..Adik beradik berkumpul ramai2..salam2..sedih2..happy2..gaduh2..dan semestinyer pelengkapnyer..konvoi ramai2 ke rumah sedara mara...;)
Raya yang paling best bagi aku adalah pada tahun 2000...
KENAPA????
sebab semua adik beradikku yang seramai 9 org balik kampung..kebetulannn sbb slalunyer ade je yg miss ke rmh mertua..Bila dah ramai tu..macam2la projek ktorg..antaranyer adalah acara bakar lomang..oleh kerana aku tinggal di kawasn rmh kedai..projek ni jd tambah mencabar ;),
(bukan gambar semasa)



mak n kakak2 lak ambk tender buat ketupat pulut n masak segala rendang...Kuih Raya??? ktorg ni xde yang cenderung ke arah buat2 kuih ni..so..kuih raya import tinggal msk dalam bekas jer...

AkU???
oleh kerana kakak2 dah ramai...aku cuit skit2 jer..hehehe masa ni la terasa bertapa bertuahnyer aku ramai kakak..:)


Malam raya pulak diserikan lagi dengan ber'das das' bunga api yang mcm2 corak tuh..yang di'sponsor' by abg lan( 1st BIL) di tambah lagi dgn macam2 jenis bunga api..mmg best gillerrr.. utk pengetahuan..walaupun umur aku ms tu BARU nak msk 20 thn..aku still main bunga api...hehe....

Hari Raya Pertama..Lepas solat sunat Aidilfitri..adalah sesi salam2 minta ampun n fotografi..bab ni pun best gak..Salam2 pun nk ambik gambo n time ni la hati tambah berbunga sbb dapat byk duit raya..ahaks
almaklumla..student lagik..

Next agenda..semestinyer..sesi berayala..dari belakang rumah(makteh), rmh2 semua mak sedara di felda sehinggalah sepanjang sungai Pahang..habis ktorg singgah...abis rumah org ktorg gegar....dah abis gegar rumah org...malamnyer pulak ada acara bakar satay depan rumah..

Bab bakar satay ni memang best + kelakar...sepanjang ktorg dok bakar satay tu..ada dalam 4-5 org singgah nak beli satay..kesian pun ada tapi apakan daya...ktorg mmg x jual satay...dan yang paling x leh dilupakan..ada sebuah keta tu masuk longkang dekat rmh kami dan abg2 + abg ipar terpaksa tlg angkat...setelah 4 org abg2 ku berhempas pulas..akhirnyer berjayala angkat keta tu kluar dr longkang yg bleh tahan dalamnyer bila ditanya" Pakcik nak g mana sebenarnyer?" dan pakcik tu jawap" Pakcik nak beli satay..tgk dr jauh tadi,igtkan kedai makan" lorrr..oleh sebab kami mmg bukan jual satay...kami jamu jer pakcik tu makan2 sblm dia blk...maafkan kami yer pakcik..

Dan mlm tu jugak kami celebrate birthday abah...siap ada 2 bj kek sbb surprise punya pasal..abah jelas nampak terharu sbb inilah kali pertama & kali terakhir kami celebrate birthday abah..sbb abah kami seorang yg agak tegas..kami mmg x brani main2 punyer...

It was the best hari raya that i ever had...and it was the last hari raya before we loss him...

aku pernah dengar kata2 yang mengatakan "kemuncak kepada sesuatu kejayaan adalah titik permulaan kepada sesuatu kejatuhan"...tetapi..adakah kemuncak sesuatu kegembiraan juga adalah titik permulaan sesuatu peristiwa yang menyedihkan????

hermmm...ada kaitan ker.....nway...SeLaMaT Hari RaYa AidilFitRi..& MaaF ZahIr BatiN..

No comments: