Friday, February 10, 2012

Ikan Pari Terbang....Tinggi di Awan

Layang-layang ni untuk Display n Demo di Pantai Batu Buruk, Terengganu..
Banyak layang-layang yang dijual kat sini dan ada macam2 design..
Angin kat sini kuat
juga sangat sesuai untuk main layang-layang.


Tapi...
Cuba tengok betul2.....
logik ke ikan pari terbang..? Tinggi di Awan?
ya saya tahu..langit pun biru........laut
kira gambaran macam ikan pari tu sedang berenang2 jugakla kan..
*cuba nak mengaitkan dengan imaginasi si pereka


sekilas pandang... matanya,
nampak macam ikan pari kartun yang jahat..
kan?

sebab matanya merah..

atau..

ikan pari sedih..

atau

tak cukup tidur..


Macam tuan punya blog ni..

bila tak cukup tidur..banyak pulak merepek

;)

Yang tinggi di awan tu juga merujuk pada destinasi kedua puan pid selama 2 hari ni..
tapi puan pid tak boleh terbang..
jadi kena panjatla jawabnya..

;)

Baru 2 hari ulang-alik ke U**M,
Balik rumah jer...
rasa nak pengsan
Labnyer tingkat 4..
Tapi...
awatla luar biasa tingginya bangunan ni..
Lupa pulak nak bilang anak tangganya
tapi yang pasti hari ni makin rasa nak pengsan sebab pagi-pagi dah jalan kaki hampir 2km
dan petang..
2 kali naik dan dua kali turun bangunan 4 tgkt dengan sebeban buku dan kertas..
Belum lagi kira lenguh kepala lutut panjat tangga..
rasanya Puan Pid perlu buat sesuatu untuk tambah stamina
sebab nak all out kat lab for the whole semester
Million Thanks
to Fend for the assistance
lepas ni kena belek buku VB pulak..
macamana yer cara nak expert VB
in a week time?

a week ya

Biar betul nii..
;)

oh ya..
untuk merasai pengalaman seperti Cinderella..
Bolehlah cuba aktiviti ini..

*Confuse...Awatla mata dia kena lindung dengan benda kuning tu..
mest rimas kan?

RM15 untuk 2 pusingan

;)

Monday, February 6, 2012

Muzik dan Menari..

Muzik dan menari...kedua-duanya bukanlah minatku..

Tak ada satu pun lagu penyanyi di Malaysia atau luar negara yang saya hafal dari mula sampai habis..*Lagu kebangsaan dikecualikan yer..

dan..

Tak semua jenis muzik yang saya selesa nak dengar..

juga...

Tiada satu jenis tarian pun yang saya reti 'tari'kan
tapi... saya suka tengok orang menari..
lebih-lebih lagi rancangan 'So U Think U C*n D**ce'

Ada muzik/lagu yang boleh buat kita rasa gembira, sedih, kecewa dan mencuit hati hingga buat kita tersenyum seorang diri walaupun hanya muzik dan tiada lirik.

contohnya

bila dengar lagu Kiteretsu kat TV ni..
walaupun tak faham langsung bahasanya
saya rasa muziknya sangat gembira..rasa macam senang bermain-main dengan kanak-kanak di playground..

ada juga muzik yang bila dengar...
rasa macam sedang berlari-lari anak dengan gembira di kawasan pergunungan hijau yang ditumbuhi bunga-bunga kecil macam dalam Cerita Sound of Music.

pic: google

ada muzik yang boleh membuatkan saya rasa sedih..
contohnya lagu 'Jeritan Batinku' .
Tak perlu dengar lirik pun dah boleh buat saya rasa sayu



ya..dah sedih dengar lagu P.Ramli ni..
saya rasa nak tukar 'chanel'
;)

Till next post
. .





Thursday, February 2, 2012

Apabila ia berlaku, jantung berdegup dengan lebih laju.

Apa yang berlaku????

.

.

.

.

.

Nak pergi Interview?

.

.

.

.

First date ?

.

.

.

.

.

Tengok cerita hantu?

.

.

.

.

.

Tunggu result SPM keluar?

.

.

.

.

Ya !!

ada banyak perkara yang apabila ia berlaku...

JANTUNG BERDEGUP LEBIH LAJU

tapi yang puan pid maksudkan

ialah


Fibrilasi Atrium (FA)

.

.

.

Apa tu???

.

.

.

.

FA adalah keadaan degupan jantung tidak normal berpunca daripada kegagalan impuls elektrik jantung semula jadi.jantung berdegup dengan lebih laju.

Melalui pembacaan,

FA ni merupakan rentak jantung tidak normal

dan paling kerap berlaku.

Ala ala nervous...

nak kena interview..

;)


Ia memberikan kesan terhadap keupayaan jantung menjalankan tugasnya.

Keadaan ini menyebabkan kadar denyutan jantung dan nadi menjadi luar biasa dan tidak stabil,Kadar denyutan jantung seseorang yang normal katanya, ialah 60 hingga 100 kali seminit. Tapi dalam keadaan FA ruang atas jantung berdegup antara 350 hingga 700 kali seminit.

wow...tiga kali ganda

jadi

aliran darah berkurangan antara 20 hingga 30 peratus dalam sesetengah keadaan.Proses mengepam darah dari jantung ke seluruh badan akan terjejas

lain orang lain kesannya.

dan masalah FA ni juga lebih mencabar daripada penyakit jantung yang lain.

dan lebih mudah untuk diserang angin ahmar atau lemah jantung..

ye la..

jantung kita dah buat kerja lebih dari yang sepatutnya..setiap hari

mana boleh tahan kan..

Pesakit akan berasa letih dan lemah.

Sebahagian darah mungkin tertinggal dan bertakung dalam atrium

dan akan membentuk darah beku.


simptom-simptom:

@ mudah berdebar secara tiba-tiba

walaupun tengah berehat dengar radio

@ merasa cepat letih

@ lemah

@ sukar untuk bernafas

@ penglihatan juga mungkin kelihatan kabur

@ leher mudah berdenyut

@ berpeluh

@ panas badan

walaupun aircond dah 16 deg

ada di antara symtom FA di atas ni...sama dengan symptom pesakit thyroid

jadi..

adakah thyroid boleh menyebabkan sakit jantung??

nak kena google lagi info about this..

ada kawan pernah berkata..


Lagi banyak kita baca..

Lagi banyak yang kita tak tahu..

Lagi banyak yang kita tak faham..

jadi kena baca lagi banyak

untuk kita lebih faham

dan lebih tahu

dan dari situlah

ilmu kita akan bercambah

dan sesuailah dengan peribahasa

Membaca itu jambatan ilmu

;)


dari nak tahu tentang jantung..perlu cari maklumat

tentang thyroid pulak..


dan pada pendapat sayala..

Cara belajar Master study ni

akan membuatkan sesorang tu

akan lebih banyak membaca,

tapi tak jugak faham..

then

baca lagi dan lagi.

.tapi masih tak jumpa maklumat yang dicari..

dan baca lagi sebab belum jumpa

dan apa yang di'jumpai' sepanjang pencarian info itu

juga ilmu

agak-agak

banyak mana yang perlu dibaca untuk jumpa apa yang dicari yer..

;)