Monday, June 25, 2012

Gegendang Telingaku Pecah...

Pada suatu pagi di sebuah Klinik..

Doc: Puan pid...Gegendang telinga awak bengkak sangat2, merah macam tudung yang awak pakai 
         ni..tunggu masa je nak pecah....

Puan Pid: Alamakk..macam mana ni..pekakla aku lepas ni...takutnya...

Doc: Lepas ni..jgn hembus hidung lagi..kalau terpaksa pun..hembus pelan2...takut kalau pecah..lagi lambat
        nak baik...saya bagi awk ubat dan MC..rehat dan jangan stress k..

Puan pid: Baik doc..

Gerunnya dengar bila doktor cakap macam tu...
sepanjang usiaku setakat ini..inilah kali pertama puan pid sakit dalam telinga. Terjaga jam 2 pagi kerana sakit telinga yang amat sangat..sampai dah tak boleh nak buat apa lagi dah..nak tidur..dah tentulah tak boleh..
Dah keliling satu rumah, makan, tengok TV, korek telinga, bukak facebook dan sebagainya tetap tak dapat buat puan pid mengabaikan maupun melupakan kesakitan tu..

nak tunggu siang untuk ke klinik...lambat lagi nak siang...akhirnya puan pid survey klinik yang ada pakar ENT. Esok pagi2 aku gerak..dah tak tahan sakitnya..

Kata doktor..gegendang bengkak disebabkan tekanan yang tinggi dalam telinga tengah sebab puan pid dah 3 hari selsema dan menghembus hidung dengan telalu kuat...dicampur pulak dengan sakit tekak tambah memburukkan keadaan...Gegendang puan pid tetap burst selepas balik dari klinik...tetapi Alhamdulillah..gegendang burst..tak bermakna kita akan pekak. Cuma kita rasa telinga berdenyut-denyut sakit, macam telinga penuh menakung air dan bunyi hanya sayup2 kedengaran...sesetengah bunyi sangat menyakitkan telinga seperti suara kanak2 menjerit, pinggan berlaga dengan susu garfu atau suara kawan kita yang pitching tinggi...;)

Disebabkan keadaan puan pid sekarang yang agak istimewa...;)
Semua ubat hanya separuh dos orang dewasa normal..jadi tempoh untuk sembuh dua kali ganda panjang berbanding orang normal..jadi kena banyak bersabar.

Hingga sekarang..1 minggu telah berlalu....
Telinga puan pid masih belum sembuh sepenuhnya..
selsema dan batuk juga belum nampak macam nak sembuh...tapi at least telinga ni dah boleh dengar dengar dengan lebih jelas berbanding 1 mgg lepas..
Demam pun dah kebah and boleh gi kerja dengan gembira..
Alhamdulillah..

Puan Pid sekarang masih belum berupaya nak travel ke mana-mana..
Tak sabar nak balik kampung raya nanti...

No comments: