Friday, September 21, 2012

Cendol @ Muar

Satu hari yang panas terik...diserikan lagi dengan cendol yang sejuk dan sedap...
Terbayang-bayang kesedapan cendol tu hingga ke hari ini..

Cendol asli
sebenarnya kitaorang pergi makan cendol ni tanpa dirancang..

Tujuan asal adalah ke kedai kain cotton di Muar yang mana boleh dapat harga murah memandangkan kawan puan pid & family dia adalah regular customer dia sejak zaman kanak2 lagi..


Tapi..apa-apa pun...yang penting kena isi perut dulu..
jadi lunch dulu di kedai asam pedas yang glemer di Muar di Jalan Joned..
tapi sebenarnya puan pid tak brapa minat asam pedas dia...
tapi suka sangat dengan satu menu bugis kat situ iaitu...

'BOTOK-BOTOK'

Botok-botok ialah ikan tenggiri bersama rempah2 khas dia di perap dengan 7 jenis daun termasuk pucuk ubi.Kemudian dibalut dengan daun pisang. Botok-botok ni cepat habis..kalau lambat sikit..tak merasala..
Kitaorang makan kat situ then cepat2 tapau sorang satu..
Kalau idak...belum kita habis lunch, ikan tu dah habis di ambil orang.
Air..kita petik kelapa muda kat kedai sebelah tu jer...
memang best..

gambar??? 
hehe..bila kita excited nak makan...slalunya lupa nak snap pic..
dah tinggal daun pisang jer..baru teringat..
next time kalau dapat ke sana lagi..
akan saya letak gambarnya yang real dari muar..
yang ada ni sy ambil kat google jer..


Then balik ke agenda utama...
Puan pid nak tempah sarung tilam untuk baby kat kedai kain tu....
corak kartun untuk tilam baby tak banyak yang menarik macam yang jual online. 
So...beli corak mak budak jer.

 puan pid tempah 2 set sebab dah alang2 dapat kain cotton yang elok dengan harga yang murah.
Kos tempah pun murah untuk satu set.
Siap beli kain pasang cotton untuk buat baju for a few months akan datang..

I likeeee la pergi sini..
ada jugak corak yang sama dengan brand cadar yang famous A*e*i tu..

dah siap beli kain..ternampak pulak ada basikal yang jual cendol kat depan skolah cina kat situ..
menggugat iman betul...
jadi my friend bawa kami ke kedai cendol india muslim yang dia biasa pergi sejak dolu-dolu lagi...
memang best..tapi tempatnya ada a few seats jer..
bolehla..sebab selalunya orang tapau bawa balik..


Kat situ ada macam-macam...boleh letak pulut/ tapai..tapi i like yg original..
;)

No comments: