Hari ni genap 2 bulan zara dilahirkan..
Tapi entry ni kisah dia 1 month old.
;)
Niat di hati nak buat 1 entry/day tapi dalam proses nak sesuaikan diri dengan jadual zara yang tak menentu..
Walau macamana pun i'm still happy dengan nikmat ni sebagai ibu..
Kalau rasa down..slalu ingatkan diri sendiri..
" inilah nikmat sebagai ibu yang ku tunggu2.."
"Jangan mengeluh!"
Zara 0-1 bln:
Dah boleh pandang mama..
Dah boleh senyum...
- First day..muka macam mama dia dan putih melepak.
- Tidur je sampai i asyik tertunggu-tunggu nak tengok wajah dia bila buka mata.
- 3rd day nurse datang dan nampak zara macam demam kuning, so kena pergi Hospital putrajaya petang tu juga.Bacaan 280 tapi doktor tak nak tahan wad.Frust betul..ye lah..kat rumah ni manala i tahu nak buat ape.
- Day 4 pergi Klinik jenjarum (390), berderau darau i dengar trus refer Hospital Banting and warded for sehari semalam.
- Zara dah jadi hitam manis sebab berjemur bawah lampu UV.
- Hanya 3 bunyi yang dia tahu buat...nangis, mendengus tapi lembut je, dan ada 1 lg bunyi yang tak reti i nak describe tapi sangat suka bila dia buat bunyi tu.
- Tali pusat tercabut pada hari ke-12.
- Week 2, dia dah tunjal kaki sikit-sikit dan angkat kepala sikit-sikit.
- Bangun pagi, mandi, menyusu, tidur, menyusu, tidur,bangun, mandi dan tidur.Malam dia menyusu setiap 2 jam.Alhamdulillah dia tak ada berjaga malam. Mama dan abah dia at least boleh tidur lena setiap 2 jam.
- Menangis masa nak pakai baju lepas mandi...tak sempat mamanya nak practice urut masa atenatal class dulu.
- I mandikan zara guna bather tapi tak sampai seminggu sebab dia gayat bila letak atas tu dan nangis. Akhirnya mandi dalam besen kecik yang tok guna masa 1st week dulu.
- Ada banyak lagi yang tak ingat nak story sekarang. Zara tengah tidur tapi dah start merengek2 tanda nak bangun tak lama lagi tu..
- Masa check up 1 bln, berat zara dah 4.5 kg.
- Tok balik kampung jer...Zara kena nappy rash kat peha sampai bernanah.
- Bila dah baik, zara kena craddle cap di scalp and telinga plus ruam kat leher pulak.Tiap-tiap minggu kena pergi klinik....luluh hati ni..
- Then jaundice tak habis lagi...prolong jaundice..
Now Alhamdulillah.
.Zara dah makin sihat..
Terima kasih buat kakak-kakak pangsapuri sri saujana blok F(kak ji, liza, k.midah,aishah and ida) ni yang banyak membantu jiran baru depa ni.
Jasa baik kalian, Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.