Friday, January 11, 2013

Zara @ 1 month old

Hari ni genap 2 bulan zara dilahirkan..
Tapi entry ni kisah dia 1 month old.
;)

 
Niat di hati nak buat 1 entry/day tapi dalam proses nak sesuaikan diri dengan jadual zara yang tak menentu..
Walau macamana pun i'm still happy dengan nikmat ni sebagai ibu..
Kalau rasa down..slalu ingatkan diri sendiri..
" inilah nikmat sebagai ibu yang ku tunggu2.."
"Jangan mengeluh!"

Zara 0-1 bln:

'
Dah boleh pandang mama..

 Dah boleh senyum...




  • First day..muka macam mama dia dan putih melepak.
  •  Tidur je sampai i asyik tertunggu-tunggu nak tengok wajah dia bila buka mata.
  • 3rd day nurse datang dan nampak zara macam demam kuning, so kena pergi Hospital putrajaya petang tu juga.Bacaan 280 tapi doktor tak nak tahan wad.Frust betul..ye lah..kat rumah ni manala i tahu nak buat ape.
  •  Day 4 pergi Klinik jenjarum (390), berderau darau i dengar trus refer Hospital Banting and warded for sehari semalam.
  • Zara dah jadi hitam manis sebab berjemur bawah lampu UV.
  • Hanya 3 bunyi yang dia tahu buat...nangis, mendengus tapi lembut je, dan ada 1 lg bunyi yang tak reti i nak describe tapi sangat suka bila dia buat bunyi tu.
  • Tali pusat tercabut pada hari ke-12.
  • Week 2, dia dah tunjal kaki sikit-sikit dan angkat kepala sikit-sikit.
  • Bangun pagi, mandi, menyusu, tidur, menyusu, tidur,bangun, mandi dan tidur.Malam dia menyusu setiap 2 jam.Alhamdulillah dia tak ada berjaga malam. Mama dan abah dia at least boleh tidur lena setiap 2 jam.
  • Menangis masa nak pakai baju lepas mandi...tak sempat mamanya nak practice urut masa atenatal class dulu.
  • I mandikan zara guna bather tapi tak sampai seminggu sebab dia gayat bila letak atas tu dan nangis. Akhirnya mandi dalam besen kecik yang tok guna masa 1st week dulu.
  • Ada banyak lagi yang tak ingat nak story sekarang. Zara tengah tidur tapi dah start merengek2 tanda nak bangun tak lama lagi tu..
  • Masa check up 1 bln, berat zara dah 4.5 kg.
  • Tok balik kampung jer...Zara kena nappy rash kat peha sampai bernanah.
  • Bila dah baik, zara kena craddle cap di scalp and telinga plus ruam kat leher pulak.Tiap-tiap minggu kena pergi klinik....luluh hati ni..
  • Then jaundice tak habis lagi...prolong jaundice..
Now Alhamdulillah.
.Zara dah makin sihat..
 Terima kasih buat kakak-kakak pangsapuri sri saujana blok F(kak ji, liza, k.midah,aishah and ida) ni yang banyak membantu jiran baru depa ni.
Jasa baik kalian, Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.

No comments: