Friday, March 22, 2013

Tak Boleh Terima Hakikat di 'Caesarean'

Merujuk tajuk di atas..saya adalah salah seorang daripadanya.

Kenapa????
Kerana saya rasa saya telah pun mengamalkan semua petua untuk mudah bersalin yang saya mampu.

Tapiiii...

Siapalah kita untuk menolak ketentuan Allah. 
Rencana hidup kita sudah tertulis sejak kita dalam perut ibu lagi.

Tapii..saya hamba Allah yang kerdil...
Saya tetap rasa kecewa...nak salahkan siapa???

Masa doc kata nak Czer, i dah di awang awangan..
campur sakit contraction lagi..Czer ke? 
Tak boleh ke nak normal jugak?

Tapi masa contraction datang..
memang i ada terfikir..dan tanya Mr. Z.
"boleh terus belah tak??"
he he
Masa contraction hilang....
"Nak normal! Nak Normal!"

Akhirnya kena Czer juga sebab Heartbeat baby menurun masa contraction.Bukaan pula baru 2 cm.
Puan pid memang still blur..ikut je apa doc suruh.Dengan basah kena air ketuban, nurse suruh tukar uniform..naik wheelchair ke OT.
Semuanya rasa macam dipaksa.Cucuk bius..sakit contraction hilang. Doc kata boleh tidur kalau nak..nanti dia kejut..tapi i memang pejam sebab takut ternampak atau terasa dia toreh perut i.
Tapi akhirnya pengsan terus. sedar2 dah masuk ward...
i Frust..doc kata nak kejut...Kenapa tak kejut??? Nak confirm jantina baby.
Rugi pulak ter miss saat tu..
dan...... itu juga antara sebab..
saya memang sedih sangat-sangat bersalin secara Czer. 
First sakit di bahagian luka.Susah nak bergerak..lebih2 lagi i takde mak nak jaga lepas bersalin. 
Harapkan suami je..tapi nasib baik mak mertua sudi datang tolong. 
At least dia tolong uruskan baby. first week after deliver memang i tak mampu buat apa2 pun untuk baby melainkan susukan dia. 
Nak buang air, cuci pad, tukar baju, tukar kain...
semuanya dengan bantuan sebab tangan sakit kesan drip.
Makan pun nasib baik MIL yang masakkan..
kesian pulak tengok dia yang dah 60 an bersusah payah untuk i yang muda ni.
I mampu tengok je dia kelam kabut masak dan urus baby.

Start hari ke 5..
kesan bius dah habis..i start sakit-sakit badan dan semua sendi.
Masuk angin agaknya.Pn pid tak makan apa2 jamu sebab baby jaundice.
Nak bangun, sakit lutut macam orang tua dah...Mental, fizikal semua sakit.

Sampailah minggu ke 2..after MIL balik kampung 
(actually di ajak blk kg tapi i refuse sb taknak menyusahkan dia...kalau mak i masih ada pun i akan buat benda yg sama)..
 i dah makin sihat..buka laptop and surf kat google pasal czer..
rupa-rupanya ramai orang yg macam i..yang tak boleh terima hakikat yg diri di' czer'.
Rasa down, sedih, kecewa..tak puas hati dgn doc dan sebagainya..nasib baik tak meroyan..
layan sedih sorang-sorang..
Masa tu barulah lega sikit...bila baca perkongsian orang yg senasib.
Mungkin itu cara terbaik untuk menyelamatkan bayi pada masa tu..
Bila dah balik ward..doc pun kata leher baby terbelit dengan tali pusat.
Sebab tu heart beat turun masa contraction.
Kalau terlambat, baby mungkin tak dapat diselamatkan atau cacat sebab kurang oksigen.

Hari ni....bila dah banyakkan membaca maklumat pasal czer ni.
 I bersyukur sangat baby lahir dengan selamat dan cukup sifat. 
Sebab ada baby yang terbelit tali pusat mungkin lahir cacat sebab otak kekurangan oksigen.
Masa pregnant i memang tutup mata pasal Czer...sgt positif nak deliver normal.

Alhamdulillah..
Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Terima Kasih Doktor kerana memaksa saya di Czer..
macam ni rupanya perut i diselak..
')

Wednesday, March 20, 2013

Kos Bersalin di Private Hospital

ye..Kos bersalin perlu di ambilkira dalam menentukan tempat kat mana kita nak bersalin 
melainkan kita nak pergi GH.

Bersalin GH or private???
Tepuk dada, tanya selera..
sendiri pilih........

ada duit lebih, pergilah private hospital..
tapi ada jugak yang berduit kata, alaaa...sakit sama jer kalau kat private punnn..

Tapi Puan pid dah set mind nak bersalin di private sejak belum kawin dulu. 
So dah warning Mr. Z..supaya simpan duit untuk aku bersalin kat PH.
lagi pun bukannya i bersalin setiap tahun pun kan..

Selain tu jugak...
i ada subscribe to save stem cell from this baby's umbilical cord. 
Kalau di GH, mereka biasanya tak nak buat procedure tu lepas deliver (ini org sykt cellstem tu yg cakap)..

Kalau di Melaka, ikut survey kawan-kawan, yang paling murah among 3 PH adalah di Pantai Hospital dan ada Gyne Perempuan. So i go check up kat situ 2 bln sekali. Best tengok scan dia besar dan clear gambarnya. Boleh nampak jelas line tulang belakang, peha, jari dsb yang biasanya tak nampak di klinik biasa. Kira kalau terbersalin awal, akan bersalin di situlah..kosnya takde pakej tetap.

Kos Bersalin ni di Pantai Bln 11 tahun 2012 yer:

Deposit : RM2k
Bilik :  Masa tu ada promosi bilik 2 dan 4 katil percuma. Just bayar kos bersalin da ubat-ubatan.
Normal Delivery : RM2800 ++ dah campur nursery
Caesarean : RM4 - 6k

Belum termasuk kalau baby kena jaundice..nanti kira bil yang lain.

Dan kalau dah start cuti bersalin, i survey area KL , shah alam dan kawasan sekitarnya and end up pilih UMRA. Start Check up kat situ dari 7 months. Syarat nak dapat harga pakej adalah minimum 3 kali check up kat situ. Tapi andai dapat patah balik i akan pilih Hospital Putrajaya yang pakej ala2 private tu atau Hospital An- Nur Bangi.

Kos Bersalin di UMRA :

Deposit : RM 1k
Normal : from RM1399 - RM 1999
Caesarean : Paling mahal ( RM 3699)

Total :Pn Pid kena charge dalam RM 4400
  gitu sebab campur ubat induce & check up sehari sebelum warded tu.

Actually, tak sempat pun nak pilih pakej yang mana
sebab tak plan pun  nak Caesarean. Tapi tengok bill,
Doc bagi yang the most expensive tu..

Asalnya Minta pakej yang 4 katil dalam1 bilik tapi Doc tak nak bagi..dia suruh masuk bilik 2 beded.
Sebab lebih selesa katanya..
First experience..manala i tahu situasi sebenar di bilik tu nanti.
Nasib baik 2 katil punya bilik dan katil sebelah pun kosong.
Pn Pid memang dah tak tahu dah macamana rupa orang yang tengah menahan kesakitan ni.
 Dah tak peduli dah terselak ke hapa..semua tak sempat fikir dah pun.
Bayangkan kalau kat sebelah pun ada mak yong lain dengan husband dia......
terdedahlah aurat kita kannn..

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah...if ada the next delivery..this is the last choice. Doc yang Pn Pid jumpa sebelum deliver tu best...tapi nurse di ada kureng sikit nak pulak yang nama Jamilah...
Dr suruh monitor CTG, tapi dia 2 in 1...dia monitor skrin handphone dia.

Masa OT, Puan pid dapat Dr Ummul tapi krew lain di OT tu semuanya lelaki.
Apa boleh buat...i tak tahu. Mintak doktor jer perempuan..yang lain i tak request kan..
What to do...takkan nak keluar semula dari OT tu kann..

Apa yang i share di sini adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman yer..
Kalau ada yang berkaitan dengan watak-watak dalam entry ni...opss sorry..siapa suruh awak buat macam tu kann..

;)





Bobba wrap & ZaRa

 Zara & Bobba wrap...
Sejak usia Zara 2 do , zara dah keluar masuk klinik...
Boleh dikatakan every saturday Pn Pid & Mr. Z bawa dia ke klinik samada ke Klinik Pakar Kanak-kanak An nur, Bangi atau UMRA. Selalunya memang Mr. Z yang akan dukung dia sebab perut masih sakit.
Bila dah cukup sebulan, barulah mama yang pegang..itu pun sekejap-sekejap je sebab tangan kesan cucuk drip masih sakit (even now masih sakit). Tapi atas sebab keselamatan, ye lah both of my wrist still in pain.takut terlepas zara masa pegang dia...jadi singgah kedai ni dekat area klinik kat Bangi. Ingat nak beli Ring sling tapi tengok yang ni lebih selesa untuk baby. Harga tak ada diskaun(RM189)..tapi i dah di kira desprate, nak jugak masa tu. So belilah jugak..terus belajar cara guna dengan adik tu...and beli.Warna yang i nak, tak ada kad warranty..so pink pun bolehlah..


 I think ZaRa sangat selesa dengan bobba wrap ni sebab dia akan tidur jer sepanjang masa
dalam kantung ni. 
Walau pun keadaan bising macamana pun..dia takkan tersedar...
Kadang-kadang i sengaja pergi dekat dengan orang yg tengah lelong2 barang kat Giant, guna microphone lagi...dia tak sedar pun. magic kan? 
Kalau kat rumah..dengar pintu rumah jiran berdentum pun dia sedar. 
Pn pid potong kuku pun dia nguek2 nak terjaga.


Rasa rindu pulak masa-masa guna bobba wrap ni...
sebab dah jarang guna.Zara pun dah nak masuk 7 kg. 
Jadi bila outing, confirm abahnya yang pegang. 
Abah dia tak nak guna..Leceh katanya sebab kena lilit2 dulu. 
Kain ni memang agak panjang bagi Pn Pid yang tak berapa tinggi ni. 
Tapi i tak kira, yang penting, zara cukup tidur walaupun di bawa ke mana-mana.
Sekarang ni..tak sure Zara suka lagi tak duduk dalam ni..ye la..dah jarang guna dan dia pun dah melilau memandang benda-benda di sekeliling dia.
I already miss setiap saat pembesaran zara yang berlalu..
;)


Tuesday, March 19, 2013

Baby's First Fever

Zara's first fever was she about 2.5 month. Right after we move back to Melaka.
Puncanya..melaka tengah musim hujan dan mama pun first time kena hujan selepas berpantang. 
Lembik jugak mama  ni yer..baru kena hujan sikit dah demam & selsema..
Zara berjangkit dari mamanya. Kesian zara.

Ada baca di baby centre yang tiada perkara yang lebih merisaukan ibu selain demam pertama si baby...
Betul sesangat....
 Hidung dia tersumbat, nak menyusu pun nangis-nangis sebab hidung tertutup. 
Tengah tidur pun terjaga sebab tak boleh bernafas dengan lancar.
 Memang kesian habislah tengok dia.
 Masa ni zara belum biasa naik carseat so mama tak berani nak bawak zara to Paed.
PAED paling dekat pun di Batu berendam atau air keroh.
Bawak pergi Klinik biasa...dapat 3 ubat makan. 
Alamak..ubat makan???
Macamana nak paksa zara makan ubat?
Boleh ke baby 2 months+ makan ubat? banyak pulak tu...
Pn pid bagi zara ubat demam dan selsema sikit.
Weekend baru pergi jumpa PAED kat Pantai Hospital.
Banyak juga ubat yang diberi...
sama dengan klinik biasa kecuali antibiotik cuma dosnya berbeza.
Demam zara kebah dalam 2 hari..but selsema lambat dalam 2 minggu lebih sebab mamanya pun tak habis-habis selsema.
Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah..parents perlu jaga kesihatan supaya tidak menjangkiti anak-anak.
;)
.


Last Day


Ini gambar masda last day zara di rumah abah, BSP. 
Tak tau bila lagi nak datang sini sebab mama zara dah nak start kerja..
Masa abah sibuk angkat barang masuk lori...
mama & zara sibuk bergambar kenangan dengan aunty midah and aunty liza. Aunty G tak ada masa ni.
Nanti ada cuti panjang, mungkin mama bawak zara datang jumpa aunty G k..
Babai semua..
mmuuuaaahhhhh..
From:

 Zara

;)

Saturday, March 16, 2013

Tubing for Medela Freestyle Murah (SOLD)


 Puan Pid nak jual tube ni dengan harga RM70 sekali dgn pos. Belum pernah guna.
Kalau berminat boleh pm saya di http://www.facebook.com/puan.pid


 Actually mintak tolong Mr. Z tolong beli tube for swing di OBW shah alam. 
Tapi out of stock and salesgirl tu kata boleh guna tube ni untuk swing..tipu ok..Buka plastik dan tengok je dah tau tak boleh masuk ni...langsung tak boleh masuk sebab bentuknya lain.Swing, endnya segitiga tapi freestyle bulat dan lebih tebal.Kalau kita cucuk jugak sekuat hati...rosaklah shape kat swing tu..pandai ye salesgirl tu buat sale....


7th Anniversary

11.03.2006(Saturday) 7 years ago.. 


11.03.2013 (Monday) Present...
Just Outing for lunch. 
Simple but special enough to have it with zara this year..

 



Friday, March 15, 2013

Pross Kejadian ZaRa

 Assalamualaikum..
ada someone share video ni di fb. 
Rasa sangat terharu dan terbayang-bayang inilah juga proses yang berlaku dalam rahim puan pid 
sepanjang mengandungkan zara..
teringat gambar-gambar zara everytime pergi scan 2D and scan 4D..
Semua kenangan manis tu divideokan...
terharu dan rasa nak menitik air mataku...

sesiapa yang nak feel lebih, bayangkanlah muka baby sendiri sepanjang tengok video ni. Puan pid nak abadikan video ni di blog ni supaya..senang nak tengok bila-bila saja teringat.

Thanks to sesiapa yang hasilkan video ni..

Baby Zara & Hadiah


~Zara ucapkan Terima Kasih untuk Semua~

Bismillah

Ya Allah
Kurniakanlah kepada kami 
rezeki yang halal, banyak, baik dan berkat
Tanpa ada kekurangan dan kesusahan
Sesungguhnya Engkau lah yang maha berkuasa
 atas segala sesuatu..

Amin