Tuesday, March 19, 2013

Baby's First Fever

Zara's first fever was she about 2.5 month. Right after we move back to Melaka.
Puncanya..melaka tengah musim hujan dan mama pun first time kena hujan selepas berpantang. 
Lembik jugak mama  ni yer..baru kena hujan sikit dah demam & selsema..
Zara berjangkit dari mamanya. Kesian zara.

Ada baca di baby centre yang tiada perkara yang lebih merisaukan ibu selain demam pertama si baby...
Betul sesangat....
 Hidung dia tersumbat, nak menyusu pun nangis-nangis sebab hidung tertutup. 
Tengah tidur pun terjaga sebab tak boleh bernafas dengan lancar.
 Memang kesian habislah tengok dia.
 Masa ni zara belum biasa naik carseat so mama tak berani nak bawak zara to Paed.
PAED paling dekat pun di Batu berendam atau air keroh.
Bawak pergi Klinik biasa...dapat 3 ubat makan. 
Alamak..ubat makan???
Macamana nak paksa zara makan ubat?
Boleh ke baby 2 months+ makan ubat? banyak pulak tu...
Pn pid bagi zara ubat demam dan selsema sikit.
Weekend baru pergi jumpa PAED kat Pantai Hospital.
Banyak juga ubat yang diberi...
sama dengan klinik biasa kecuali antibiotik cuma dosnya berbeza.
Demam zara kebah dalam 2 hari..but selsema lambat dalam 2 minggu lebih sebab mamanya pun tak habis-habis selsema.
Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah..parents perlu jaga kesihatan supaya tidak menjangkiti anak-anak.
;)
.


No comments: