Merujuk tajuk di atas..saya adalah salah seorang daripadanya.
Kenapa????
Kerana saya rasa saya telah pun mengamalkan semua petua untuk mudah bersalin yang saya mampu.
Tapiiii...
Siapalah kita untuk menolak ketentuan Allah.
Rencana hidup kita sudah tertulis sejak kita dalam perut ibu lagi.
Tapii..saya hamba Allah yang kerdil...
Saya tetap rasa kecewa...nak salahkan siapa???
Masa doc kata nak Czer, i dah di awang awangan..
campur sakit contraction lagi..Czer ke?
Tak boleh ke nak normal jugak?
Tapi masa contraction datang..
memang i ada terfikir..dan tanya Mr. Z.
"boleh terus belah tak??"
he he
Masa contraction hilang....
"Nak normal! Nak Normal!"
Akhirnya kena Czer juga sebab Heartbeat baby menurun masa contraction.Bukaan pula baru 2 cm.
Puan
pid memang still blur..ikut je apa doc suruh.Dengan basah kena air
ketuban, nurse suruh tukar uniform..naik wheelchair ke OT.
Semuanya rasa macam dipaksa.Cucuk bius..sakit contraction hilang. Doc kata boleh tidur kalau nak..nanti dia kejut..tapi i memang pejam sebab takut ternampak atau terasa dia toreh perut i.
Tapi akhirnya pengsan terus. sedar2 dah masuk ward...
i Frust..doc kata nak kejut...Kenapa tak kejut??? Nak confirm jantina baby.
Rugi pulak ter miss saat tu..
dan...... itu juga antara sebab..
saya memang sedih sangat-sangat bersalin secara Czer.
First sakit di bahagian luka.Susah nak bergerak..lebih2 lagi i takde mak nak jaga lepas bersalin.
Harapkan suami je..tapi nasib baik mak mertua sudi datang tolong.
At least dia tolong uruskan baby. first week after deliver memang i tak mampu buat apa2 pun untuk baby melainkan susukan dia.
Nak buang air, cuci pad, tukar baju, tukar kain...
semuanya dengan bantuan sebab tangan sakit kesan drip.
Makan pun nasib baik MIL yang masakkan..
kesian pulak tengok dia yang dah 60 an bersusah payah untuk i yang muda ni.
I mampu tengok je dia kelam kabut masak dan urus baby.
Start hari ke 5..
kesan bius dah habis..i start sakit-sakit badan dan semua sendi.
Masuk angin agaknya.Pn pid tak makan apa2 jamu sebab baby jaundice.
Nak bangun, sakit lutut macam orang tua dah...Mental, fizikal semua sakit.
Sampailah minggu ke 2..after MIL balik kampung
(actually di ajak blk kg tapi i refuse sb taknak menyusahkan dia...kalau mak i masih ada pun i akan buat benda yg sama)..
i dah makin sihat..buka laptop and surf kat google pasal czer..
rupa-rupanya ramai orang yg macam i..yang tak boleh terima hakikat yg diri di' czer'.
Rasa down, sedih, kecewa..tak puas hati dgn doc dan sebagainya..nasib baik tak meroyan..
layan sedih sorang-sorang..
Masa tu barulah lega sikit...bila baca perkongsian orang yg senasib.
Mungkin itu cara terbaik untuk menyelamatkan bayi pada masa tu..
Bila dah balik ward..doc pun kata leher baby terbelit dengan tali pusat.
Sebab tu heart beat turun masa contraction.
Kalau terlambat, baby mungkin tak dapat diselamatkan atau cacat sebab kurang oksigen.
Hari ni....bila dah banyakkan membaca maklumat pasal czer ni.
I bersyukur sangat baby lahir dengan selamat dan cukup sifat.
Sebab ada baby yang terbelit tali pusat mungkin lahir cacat sebab otak kekurangan oksigen.
Masa pregnant i memang tutup mata pasal Czer...sgt positif nak deliver normal.
Alhamdulillah..
Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Terima Kasih Doktor kerana memaksa saya di Czer..
macam ni rupanya perut i diselak..
')