Monday, October 22, 2012
Check Up di UMRA (36 / 4)
Tuesday, October 2, 2012
Maternity Photoshoot @ 33 weeks
Wednesday, September 26, 2012
Satay + Kopi di Pagi Hari @ Muar
kata orang Muar, tempat diaorang famous dengan satay di pagi2 hari..
kebayakkan kedai makan memang ada jual satay.
kopinya sedap.
Tapi order nasi lemak atau makanan melayu kat kedai yang selang 1 buah kedai dengan kedai kopi ni.
diaorang panggil kedai kopi 434.
mesin kopi kat depan tu harga RM15k yer..
Jangan usikkk...
slurrrpp...
dan
roti bakar Kaya Butter whole meal...dah habis dimakan masa ni..
perencah mee bandung pun ada skali..
Dekorasi keseluruhan kedai ni sangat cantik..
tapi malas pulak nak bangun ambik gambar..
sebab weekend ramai orang..
Kadang-kadang pelancong ber'bas-bas'..
Friday, September 21, 2012
Cendol @ Muar
Tuesday, July 31, 2012
Mission Almost Complete...
bersesak2 nak masak kat dapur sendiri.
Monday, July 16, 2012
Jualan Gudang ???
Thursday, July 12, 2012
Shut Up Plzz....!
Wednesday, June 27, 2012
Menu Yang Menggoda Nafsu...
Wanita ada 99 nafsu dan 1 akal..
nafsu makan je pun jenuh nak kawal kan...
belum lagi J card day esok...
;)
Monday, June 25, 2012
Gegendang Telingaku Pecah...
Doc: Puan pid...Gegendang telinga awak bengkak sangat2, merah macam tudung yang awak pakai
ni..tunggu masa je nak pecah....
Puan Pid: Alamakk..macam mana ni..pekakla aku lepas ni...takutnya...
Doc: Lepas ni..jgn hembus hidung lagi..kalau terpaksa pun..hembus pelan2...takut kalau pecah..lagi lambat
nak baik...saya bagi awk ubat dan MC..rehat dan jangan stress k..
Puan pid: Baik doc..
Wednesday, June 13, 2012
Mimpi 'Ngeri"
Thursday, May 10, 2012
(Cuti x 7)+ ( Mc x 20) = kerja bertimbun
Monday, March 26, 2012
Pantai Kemasik..
Dari masjid terapung...
perjalanan diteruskan hinggalah sampai ke tempat favorite puan pid ni...
suka sangat tempat ni...
nak pulak kalau sampai waktu sun set...
Puan pid tak pernah pun mandi-manda di sini..cuma menikmati pemandangan yang indah..dan layan perasaan kejap..then balik..
Waktu sampai sini..hari tengah panas terik lagi walaupun dah petang....dan hari ini dalam sejarah..kat sini ada traffic jam. Hermm...tak pernah lagi ku tengok orang sebegini ramai kat sini.Sebab kawasan ni macam kawasan rehat hentian sebelah kat highway. Orang singgah kejap dan jalan..Kita orang tak boleh masuk langsung ke kawasan pantai..
akhirnya kami park tepi jalan dan ambil gambar dari jauh jer...inilah hasilnya..
janji dapat tengok view batu 2 ketul yang ada pokok tu..
;)
Friday, March 23, 2012
Masjid Tengku Tengah Zaharah@ Masjid Terapung
sangat cantikkk..
lebih2 lagi kalau sampai kawasan ni waktu tengahari buta..
tapi kebiasaanya..puan pid dapat tengok dari jauh sahaja..
tapi kali ni dapat singgah dan rehat sekejap di kawasan pantai di seberang masjid ni..
Gambar-gambar yang diambil di sini kebanyakannya dia ambil dari seberang masjid..dan juga kawasan pintu belakang masjid..
masa sampai ni memang panas terik..
tengok langit yang cerah..
dah tentu airnya kebiruan..
cuma tak terlihat dalam gambar yang di ambil ni..
Pantai Kemasik..
Till the next post
;)
Friday, February 10, 2012
Ikan Pari Terbang....Tinggi di Awan
Banyak layang-layang yang dijual kat sini dan ada macam2 design..
Angin kat sini kuat
juga sangat sesuai untuk main layang-layang.
Tapi...
Cuba tengok betul2.....
logik ke ikan pari terbang..? Tinggi di Awan?
ya saya tahu..langit pun biru........laut
kira gambaran macam ikan pari tu sedang berenang2 jugakla kan..
*cuba nak mengaitkan dengan imaginasi si pereka
sekilas pandang... matanya,
nampak macam ikan pari kartun yang jahat..
kan?
sebab matanya merah..
atau..
ikan pari sedih..
atau
tak cukup tidur..
Macam tuan punya blog ni..
bila tak cukup tidur..banyak pulak merepek
;)
Yang tinggi di awan tu juga merujuk pada destinasi kedua puan pid selama 2 hari ni..
tapi puan pid tak boleh terbang..
jadi kena panjatla jawabnya..
;)
Balik rumah jer...
rasa nak pengsan
Labnyer tingkat 4..
Tapi...
awatla luar biasa tingginya bangunan ni..
Lupa pulak nak bilang anak tangganya
tapi yang pasti hari ni makin rasa nak pengsan sebab pagi-pagi dah jalan kaki hampir 2km
dan petang..
2 kali naik dan dua kali turun bangunan 4 tgkt dengan sebeban buku dan kertas..
Belum lagi kira lenguh kepala lutut panjat tangga..
rasanya Puan Pid perlu buat sesuatu untuk tambah stamina
sebab nak all out kat lab for the whole semester
Million Thanks
to Fend for the assistance
lepas ni kena belek buku VB pulak..
macamana yer cara nak expert VB
in a week time?
a week ya
Biar betul nii..
;)
oh ya..
untuk merasai pengalaman seperti Cinderella..
Bolehlah cuba aktiviti ini..
mest rimas kan?
;)
Monday, February 6, 2012
Muzik dan Menari..
Tak ada satu pun lagu penyanyi di Malaysia atau luar negara yang saya hafal dari mula sampai habis..*Lagu kebangsaan dikecualikan yer..
dan..
Tak semua jenis muzik yang saya selesa nak dengar..
juga...
Tiada satu jenis tarian pun yang saya reti 'tari'kan
tapi... saya suka tengok orang menari..
lebih-lebih lagi rancangan 'So U Think U C*n D**ce'
Ada muzik/lagu yang boleh buat kita rasa gembira, sedih, kecewa dan mencuit hati hingga buat kita tersenyum seorang diri walaupun hanya muzik dan tiada lirik.
contohnya
bila dengar lagu Kiteretsu kat TV ni..
walaupun tak faham langsung bahasanya
saya rasa muziknya sangat gembira..rasa macam senang bermain-main dengan kanak-kanak di playground..
ada juga muzik yang bila dengar...
rasa macam sedang berlari-lari anak dengan gembira di kawasan pergunungan hijau yang ditumbuhi bunga-bunga kecil macam dalam Cerita Sound of Music.

ada muzik yang boleh membuatkan saya rasa sedih..
contohnya lagu 'Jeritan Batinku' .
Tak perlu dengar lirik pun dah boleh buat saya rasa sayu
ya..dah sedih dengar lagu P.Ramli ni..
saya rasa nak tukar 'chanel'
;)
Till next post
. .
Thursday, February 2, 2012
Apabila ia berlaku, jantung berdegup dengan lebih laju.
Apa yang berlaku????
.
.
.
.
.
Nak pergi Interview?
.
.
.
.
First date ?
.
.
.
.
.
Tengok cerita hantu?
.
.
.
.
.
Tunggu result SPM keluar?
.
.
.
.
Ya !!
ada banyak perkara yang apabila ia berlaku...
JANTUNG BERDEGUP LEBIH LAJU
tapi yang puan pid maksudkan
ialah
Fibrilasi Atrium (FA)
.
.
.
Apa tu???
.
.
.
.
FA adalah keadaan degupan jantung tidak normal berpunca daripada kegagalan impuls elektrik jantung semula jadi.jantung berdegup dengan lebih laju.
Melalui pembacaan,
FA ni merupakan rentak jantung tidak normal
dan paling kerap berlaku.
Ala ala nervous...
nak kena interview..
;)
Ia memberikan kesan terhadap keupayaan jantung menjalankan tugasnya.
Keadaan ini menyebabkan kadar denyutan jantung dan nadi menjadi luar biasa dan tidak stabil,Kadar denyutan jantung seseorang yang normal katanya, ialah 60 hingga 100 kali seminit. Tapi dalam keadaan FA ruang atas jantung berdegup antara 350 hingga 700 kali seminit.
wow...tiga kali ganda
jadi
aliran darah berkurangan antara 20 hingga 30 peratus dalam sesetengah keadaan.Proses mengepam darah dari jantung ke seluruh badan akan terjejas
lain orang lain kesannya.
dan masalah FA ni juga lebih mencabar daripada penyakit jantung yang lain.
dan lebih mudah untuk diserang angin ahmar atau lemah jantung..
ye la..
jantung kita dah buat kerja lebih dari yang sepatutnya..setiap hari
mana boleh tahan kan..
Pesakit akan berasa letih dan lemah.
Sebahagian darah mungkin tertinggal dan bertakung dalam atrium
dan akan membentuk darah beku.
simptom-simptom:
@ mudah berdebar secara tiba-tiba
walaupun tengah berehat dengar radio
@ merasa cepat letih
@ lemah
@ sukar untuk bernafas
@ penglihatan juga mungkin kelihatan kabur
@ leher mudah berdenyut
@ berpeluh
@ panas badan
walaupun aircond dah 16 deg
ada di antara symtom FA di atas ni...sama dengan symptom pesakit thyroid
jadi..
adakah thyroid boleh menyebabkan sakit jantung??
nak kena google lagi info about this..
ada kawan pernah berkata..
Lagi banyak kita baca..
Lagi banyak yang kita tak tahu..
Lagi banyak yang kita tak faham..
jadi kena baca lagi banyak
untuk kita lebih faham
dan lebih tahu
dan dari situlah
ilmu kita akan bercambah
dan sesuailah dengan peribahasa
Membaca itu jambatan ilmu
;)
dari nak tahu tentang jantung..perlu cari maklumat
tentang thyroid pulak..
dan pada pendapat sayala..
Cara belajar Master study ni
akan membuatkan sesorang tu
akan lebih banyak membaca,
tapi tak jugak faham..
then
baca lagi dan lagi.
.tapi masih tak jumpa maklumat yang dicari..
dan baca lagi sebab belum jumpa
dan apa yang di'jumpai' sepanjang pencarian info itu
juga ilmu
agak-agak
banyak mana yang perlu dibaca untuk jumpa apa yang dicari yer..
;)
Tuesday, January 31, 2012
Terengganu lagi..
Tak sure lak betul-betul sesak atau driver2 ni je yang tak mau bawak kaum ibu pergi Pengkalan kubur kan..
On the way back ..
sebagai gantirugi tak dapat pergi KB, puan pid demand nak singgah Sekayu Waterfall...
tapi tetap tak lulus dek Mr. Z ...
tetapi diganti dengan singgah kat pantai ni..
rehat-rehat sekejap.
Kira OK la..
;)
Pantai Penarik
dan keesokkan harinya Puan pid ke Kuala Terengganu sebelum balik ke Kuantan.
Singgah di
RM 15 for adult,
Taman monumen ni memaparkan 23 buah monument Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated.
Pengunjung boleh pilih 3 cara untuk meneroka kawasan ni iaitu, naik tram (RM3), Buggy ride (ada yang untuk 3, 5 dan 8 orang dan berbeza harga) dan boleh pilih basikal kalau suka lebih mencabar.
Monumen Kubah Xian Mosque, China
Puan pid sampai dalam 11pg tapi hari dah panas terik...dan tak banyak gambar yang dapat diambil..
:(
Then kami solat di Masjid Kristal sebelum balik ...
:)
Tuesday, January 17, 2012
Anual Vacation..
Sydney??
Hawaiiii??
Maldives ???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
No ! No! No! No!
Just to
Rumahku...
Kampungku
.
.
.
Apabila kita telah terlalu lama menjalani sesuatu rutin harian..
kita akan jadi demotivate untuk menyempurnakan hari-hari kita..
Jadi Puan pid ambil keputusan untuk bercuti panjang..
Merehatkan minda
No stress at all
where??
Just
a vacation to my Hometown
;)
What is so special about my hometown?
no ASTRO..
no Aircond
no comfy bed
nothing special in the eyes
but..
SOOO special
deep in my heart..
Just my home sweet home
Ini bukanlah bermakna rumah sewaku di Melaka ni tak best..
#cuma nak bertukar angin
#mencari semangat baru untuk menghadapi cabaran tahun 2012 pula.
#Cuba melupakan kenangan pahit sepanjang 2011
#Melawat saudara-mara rapat yang tak sempat jumpa masa raya..
#Jalan-jalan cari makan makanan yang boleh jumpa di my hometown je..
* Sambal kulat sisik
* Ikan patin yang murah
*Pais ikan patin yg sedap
*Buah rambutan yang murah
*Durian kampung yang murah
*boleh makan nasi minyak kat belakang rumah tu sampai jemu..
*Boleh makan nasi lemak yang sedap kat kampung ni..
#Boleh kutip hasil kat kebun Abg ngah ;)
Jadual Puan Pid selama beberapa hari sangat padat dalam keselesaan..;)
1st Day :
Dari Melaka ke Kuala Selangor untuk ke kenduri Ayh nik
dan singgah tengok Kelip-kelip Kg Kuantan.Sampai my hometown jam 2pg.
2nd Day:
Rehat di rumah dengan senang-lenang
3rd Day:
Breakfast nasi minyak ~Ke kawasan perkuburan~ Pusing-pusing kampung dan rehat di rumah.
4th Day:
Berjaya potong kain untuk 1 baju kurung ~Gi bank~
then ke KL jap jalan-jalan di SOGO and Jln TAR.
Balik, tgk TV dan tidur.
5-7th Day:
Breakfast Nasi Minyak lagi..
then pergi Pejabat Tanah di M*r*n untuk bayarkan cukai tanah/pintu adikkakakku
~Jalan-jalan cari makan di Aloha.
Ada Pais ikan patin yang besar dan sedap serta ayam kampung yang murah.
Kutip hasil rambutan di kebun Adi (FOC)
~ke LHDN T*m*r*o* dan pusing-pusing bandar-bandar dengan senang hati..haha memang senang hati..tinggalkan office untuk buat benda-benda ni semua.Dont worry Puan Pid akan cover balik dengan semangat baru ni nanti.
Kerja memang tak akan habis2..
On the way back..singgah rumah makngah dan borak-borak sampai malam.
Balik beli ikan patin dan tidur.
masak-masak
makan-makan
borak-borak
kemas-kemas
7th Day:
Went Rawang~1 night stay.
Bungkus ikan-ikan patin yang dipesan.
Pergi kenduri Naik rumah baru di shah Alam s9.Bangga kerana org melayu dah mampu beli rumah mcm tu.tapi penatnya naik tangga.Ada my old friend juga dah beli rumah besar mcm ni.
i'm proud of you all.
Waiting for my youngest sister, adi yang akan pindah dari kuantan.
jam 3 pg lori sampai dan angkat2 barang.
Haru betul.Lori tu dia contact di mudah.com.my.
so hati-hati yer..
kacau program kita kalau bertolak 6pm dr kuantan, 3 pg baru sampai KL.
Mana ko singgah lori?? banyak sgt job yg kau ambil dlm satu masa.
.
.
.
.
.
.
sambut New Year di Tengah Highway Duke
Esoknya balik Melaka dan berehat.
walaumacamana pun saya tetap gembira to the max..
I'm very happy
and one of my friends noticed that my dark circle is gone..
;)
tapi bad news is..
Puan pid betul-betul tak ingat nak ambil 1 gambar pun..
Mana bukti percutian?
tiada langsung bukti yang fizikal..
hanya kenangan, kegembiraan dan kepuasan bercuti yang puan pid ada.
Dan saya berazam untuk menjadikan percutian ini sebagai anual vacation.
Semua terasa ringan dan
saya rasa..
saya dah bersedia mengahadapi cabaran kerja 2012
insyaAllah tidak akan menambah statistik individu dalam profession ni
di Hosp M*n*a*.
i'm ready!
so guys
wait for me!
Monday, January 16, 2012
Clear water dont sangka NO Crocs !
this is definitely not a clear water..
so should i worry?..
Positive thinking..
"of course crocs tinggal di lubuk sungai je.."
;)
Here are the pics of a river in Hulu Telemong, Kuala Berang Terengganu.
Airnya tenang dan suasana sunyi di muara sungai ni..
mungkin kerana kanak-kanak kampung ni dah jemu main-main di sungai..
orang yang jarang balik kampung ni je jakun nak mandi sungai..
rasa nak je puan pid buat rumah tepi sungai ni..
Suasana aman damai..
Udara pun segar..
confirm hidung tak tersumbat lagi..
enjoy the pics..
;)






;)